I AM MUSLIM

I AM MUSLIM

Wednesday, August 26, 2009

Tragedi di Wisma Putra

today...we have a sad day ever....

wisma utra kehilangan salah seorang staff...yang masih berkhidmat...Arwah abg shahid...atau nama penuh arwah Mohd Shahid. Arwah adalah Pembantu Am pejabat di unit pendaftaran rahsia..pejabat lama aku dulu...aku tak lah rapat sangat dengan arwah...tapi arwah tak pernah pun bermuka-muka dengan aku. selepas aku tukar bahagian ke Konsular, arwah selalu menegur aku.

aku sedih gila bila aku dapat tahu arwah meninggal dunia petang semalam, 25 ogos 2009.

Isnin, 24 Ogos 2009.
Arwah awal pagi menghantar surat dan faks ke bahagian. setelah 2 minggu aku tidak melihat arwah menghantar surat dan faks ke bahagian, kerana arwah dikatakan sakit tenat. walaupun arwah masuk kerja, tapi arwah tidak dapat menjalankan tugas, kerana tidak mampu untuk berjalan. hari ini arwah menghantar surat kepada bahagian. seperti biasa aku memang menegur arwah.

" Selamat pagi abg shahid"

"pagi..." arwah menjawab dalam keadaan lemah.

"abg shahid sihat? kenapa masih pucat." aku bertanya pada arwah. aku takut melihat arwah begtu pucat dan lemah. "kalau tak ihat abg tak yah hantar...letak jer dalam peti konsular."

"tak pe vera. orang dengki kita sakit.abg boleh jalan lagi.nie surat untuk vera ada sekali. abg letak tempat biha..."

"ok...abg sakit ape?"

"doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah. tapi dah ok dah...."arwah tenang je menjawab.
"abg baik-baik ye...."aku pesan pada arwah setelah arwah keluar dari office aku.

Selasa, 25 Ogos 2009, 9.30 a.m (lebih kurang macam tu lah masa)

pagi tu aku bagi salam kat arwah...seperti biasa...tapi aku sibuk sangat, aku tak berbual dengan arwah pun...tapi arwah ada lemah kat office..kawan aku kata....dia hampir pengsan depan pintu...
kawan aku sempat sambut...

2.00 pm
aku menelefon pejabat lama aku sebab ada urusan office...tp tiada orang yang jawab call aku.aku dail lagi sampai dapat.kak ti angkat call...dia bagitau abg shahid pengsan kat toilet saifer.aku terkejut....aku tanya keadaan dia macam mana.diorang kata dia pengsan dah kol ambulance dah....

3.00 pm...
aku dapat kol dari abg haikal.aku tak bleh nak jawab sebab aku ada kol lain...lepas aku letak call aku call back abg haikal...

" hah! abang ada apa?"

"datang protokol. abang shahid meninggal. dia kat depan protokol nie."

"Oh My God!!! bila...?macam mana bleh jadi macam tu?"

" tadi...kat toilet saifer. pengsan terus meninggal"

"ingatkan pengsan je...ok..adik datang sekarang..."

aku letak call....terus belari ke lobby bahagian protokol.sampai di sana aku melihat, sekujur jasad diletak kain putih di atas,....
"oh God...please bless his soul.forgive his sins..place him at peaceful castle among the faith people to God.Amen." aku berdoa dalam hati...ramai yang masuk ke dalam bilik beating...untuk melihat arwah untuk kali terakhir.aku tidak mampu untuk masuk...akhir nya aku balik ke office..senyap......aku masih tidak percaya dia meninggalkan dunia begitu sekejap.

Rabu, 26 Ogos 2009

Arwah dikebumikan hari ini di tanah perkuburan Islam Cheras...tapi aku tidak b\pergi untuk menziarahi arwah untuk sekian kali.

Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh arwah...dan tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman dan sentiasa berada di sisi Tuhan Maha Esa...God Bless...Amen.


Pagi tadi Wisma Putra dikejutkan kejadian kemalangan di simpang masuk Kementerian Luar Negeri. 2 orang terkorban seorang wanita dan seorang lelaki. meninggal di tempat kejadian.

God, please bless them all....