I AM MUSLIM

I AM MUSLIM

Saturday, January 26, 2013

Asam Pedas Untuk Dia..Novel Terbitan Terbaru Alaf 21

Harluuuu Haiii....

Haaa...ni cik kak ni nak habaq kat hang pa....novel baru ni..

Khamis lepas aku ngan bestfriend aku si Susan pegi Popular..sebab aku nak cari stationary...disebabkan aku ni dah naik HANGIN satu badan..disebabkan sape?? tak payah tau...hahaha... sooo aku jadi tak ingat nak beli ape...then one of the other reason nak pegi Popular sebab nak beli novel...

Disebabkan kawan baik aku tu dah baca satu novel..dia heboh kat Facebook kowt yang novel tu best giler...so aku decide tak nak beli..Instead aku nakbeli citer kesinambungan citer Laksamana Sunan hasil tulisan Ramlee Awang Musrhid.

Aku : Sue, apa nama novel yang ko baca tu..yang asam pedah apee???

Sue: Asam Pedas Untuk Dia..nape??

Aku : Nanti aku pinjam erk..ko punye ke??

Sue : tak lahhh kak Asmida yang punya...aku pinjam...

Aku : Kalau camtu aku beli je lah..novel ni aku baca kemudian... (aku letak balik novel Sunan tu..)


Ini milik aku...hehe...best citer ni....
Tajuk : Asam Pedas Untuk Dia
Penulis: Nureen Mirza (Hendan Yahya)
Terbitan : Alaf 21 (Group Buku Karangkraf)

Okeh...Novel ni kisah seorang ibu tunggal muda (balu..bukan janda..dia ni suami meninggal..bukan ditinggalkan...) yang bekerja sebagai pembantu rumah kat rumah orang berada di Puchong. Disebabkan perasaan simpati anak majikannya Ziyad, so, Ziyad membantu Ainin (si ibu tunggal) untuk meringankan bebannya membayar hutang bayaran sewa rumah dah tertunggak 5 bulan.. Ainin tidak mahu berhutang budi dengan majikannya, memulangkan wang bantuan sebanyak RM5 ribu . Perbuatan Ainin yang berdegil tidak mahu dibantu,  membuatkan Ziyad mengambil keputusan untuk bernikah dengan Ainin tanpa diketahui Umi dan Abah nya serta bakal tunangnya Shafinaz.

Perkahwinan selama 6 bulan dilalui penuh cabaran, apabila terbit rasa rindu, kasih dan sayang sehinggakan Ainin mengandung benih Ziyad. Ziyad yang bakal mendirikan rumah tangga bersama Shafinaz menyebabkan Ainin berasa hiba bila dia bakal dimadukan. Tidak ingin rasa hatinya bermadu, namun terpaksa, sebab itu adalah perjanjian antara dia dan suaminya. Akan tetapi, Ziyad merasakan cinta dan kasihnya kepada Shafinaz kian berubah..sehinggakan pada hari pertunangan mereka dia berasa berat..dan menyesal kerana tidak membantah untuk bertunang.. Pada suatu hari, Ainin pengsan di rumah Umi Ziyad, sehinggakan tercetusnya persoalan anak siapakah di dalam perut Ainin. Ainin yang selama ini dipandang tinggi oleh keluarga majikan nya menjadi seorang yang hina terutamanya Zarul, adik Ziyad, yang menyimpan perasaan cinta kepadanya menghina dan menggelarnya sebagai two timer.

Oleh kerana tidak mahu isterinya dimalukan dan rahsia mereka terbongkar, Ziyad, mengambil keputusan untuk menghantar Ainin dan keluarganya ke Tanjung Karang, di rumah banglo mereka Vila Cinta Pertama. Kebetulan, abang sepupu arwah Hairi, arwah suami Ainin, berkahwin di Kuala Kangsar, Ainin bercadang untuk mengikut Iqram ke Kuala Kangsar. Ziyad pula, yang sudah berjanji menghantar Ainin ke Tanjung Karang naik berang bila isteri, anak tirinya dan emak mertuanya tiadak berada di rumah.

Ziyad mencari Ainin bagaikan separuh gila. Dia mencari Ainin di rumah kakak iparnya, Kak Anida, di Muar. Namun isterinya tidak kelihatan...Akibat rasa bersalah, Ziyad memutuskan untuk memberitahu keluarganya bahawa dia telah menikahi Ainin 6 bulan lepas atas kerana simpati dan telah menyemai rasa cinta kepada pembantu rumahnya. Ziyad memutuskan tali pertunangan dia dan Shafinaz. Penerimaan keluarga Ziyad kepada Ainin amatlah disenangi, kerana keluarga itu sememangnya suka dan senang dengan Ainin. Ziyad berjaya menjejaki Ainin dan keluarganya setelah mengetahui di mana Ainin berada melalui pak cik di kedai makan, di mana Ainin selalu menghantar nasi lemak dan kuih koci pulut hitam.

Kisah ini berakhir, apabila Ainin selamat melahirkan anak lelakinya, anak bersama dengan suami tercinta, Ziyad. Manakala Shafinaz pula berkahwin dengan Khairil Anwar, anak sahabat Mamanya.

Kisah ni novel ni memang menyentuh setiap perasaan hati aku...mana tak nya..kisah seorang ibu tunggal, dengan bebanan kewangan...memang best..rating yang sama seperti novel Ombak Rindu...kalau nak baca, beli lah di kedai buku atau di MPH or Popular...memang best cerita ni...bukan kategori 'OKlah...'

Oh ya..kenapa novel ni pakai tajuk Asam Pedas Untuk Dia? Dalam novel ni, si Ziyad suka makan asam pedas..lebih-lebih lagi masakan Ainin dan setiap kali Ainin masak, Ziyad request asam pedas..hehehe..sebab tu cerita ni guna tajuk asam pedas..dan tagline untuk cerita ini, "Air tanganku ini mengalir bersama sejuta rasa cinta" teringat kat bekas suami aku dulu, memang selalu request asam pedas daun kesum..kalau masak asam pedas bunga kantan memang bising...sebab tak suka bau bunga kantan...huhu..terkenang kembali...

***
Jodoh pertemuan di tangan  Allah s.w.t ... orang yang kita tak pernah duga itu lah jodoh kita...