Pada 28 Ogos 2007, aku melapor diri di JPM. Semua org ada parents temankan. Ramai dari Sarawak.aku dengar ramai yang bertutur bahasa iban. masa tu aku lansung marah kat daddy aku. kata sayang, hantar melapor diri pun tak.tak kesian ke kat aku.hurmmm...habis je program ceramah nie so orang bagi ler penempatan kami.aku hampa kecewa sesangat masa tu.ingatkan dapat keputusan petang tu.rupa nya pagi esok. sakit hati ku!!!
29 Ogos 2007, aku pergi ke pejabat JPA untuk mengambil surat penempatan.rupanya kena tunggu sampai petang.gila betol...tu pun kena tunggu dari 8 pagi sampai 5.30 petang. dah ler lapar gila.sakit hati betol. masa tu aku sumpah menyumpah orang JPA buat keja lambat. pukul 5 petang tu surat aku pun kuar..bila aku buka dan baca "Penempatan Vera bla..bla..bla...ialah Kementerian Luar Negeri dan melapor di jabatan pada 30 Ogos 2007 bla..bla..bla.." aku pun tanya kawan aku (baru kenal masa tunggu tu...) budak sarawak gak..."Zie, kementerian luar negeri ada sik kat sarawak.sik penah pun aku dengar tok?" (bahasa sarawak tu) dia pun jawab mungkin ada.miri kan pentadbiran baru.so mungkin ada jangka nya.tak tahan aku kol kakak ipar ku.kakak ipar aku kata kementerian tu tak ada cawangan kat mana-mana negeri di malaysia.GILA LAH!!!
Seminggu aku menangis.Nasib baik ada Aishah, kawan baru aku (sekarang dia kakak angkat aku) budak sarawak juga.kita selalu jumpa.Beberapa hari kemudian ada masalah baru.rumah.housemate kawan aku halau aku dari rumah.sebab bilik tempat aku tu dia dah reserve untuk kawan dia dari sabah.geram nya...pas tu aku pun berusaha mencari rumah.akhirnya dapat...kemudian cari house mate..pun dapat.Melisa.dia sama office dengan aku dan sama gak dari sarawak.hehe...
sekarang nie dah setahun setengah aku duduk sini.keja sebagai Pembantu Tadbir di Kementerian Luar Negeri.huhu...disini lah dunia ku..di dunia ini aku kenal ramai orang dan menghadapai susah senang dengan tabah.dari seorang anak yang tak penah berenggang dengan keluarga aku menjadi seorang wanita berkejaya dan dalam arah membina kejayaan yang unggul.hehe....oleh sebab aku bercita-cita tinggi...tak le tinggi..just inginkan keseimbangan hidup di dunia baru ini.
di dunia asing ini aku telah bertemu dengan jodoh hidup aku.dan kemungkinan aku akan membina empayar keluarga Imang di Putrajaya.buweeeekkk...angan-angan yang sukar dicapai tuu...hahaha!!!