I AM MUSLIM

I AM MUSLIM

Monday, January 28, 2013

Kenangan Oh! Kenangan

Harlu haaaiii...

Si Mama Rock ni blom nak tido...hihi..akubat rehat yang melampau 4 hari duduk rumah..buat ape yang patot..(tensen ngadap keje..). Ye laaa..duk umsh bujang kan?? mMenyewa ngan abang seniri (Abang kite bujang lagi taww..) kena laaa pandai-pandai kemas and buat ape yang patot...ye la..abang aku tu jenis yang bersih..meanwhile adek dye ni sukr sepahkan rumah..buat rumah macan tongkang pecah..lebih lagi kalau dah mengadap Photoshop..abis majalah keluar buat rujukan dan idea.untuk edit...

Akibat mata yang tak boleh bak tido..so aku belek la..buka akaun Picasa aku tadi..agak dah bertahun dah aku tak buka Picasa aku.. Baik punya belek..aku terjumpa gambar lama aku..bersama bekas tunang aku..then.gambar aku dengan si A-Ziyad... ngeee~~

Sape A-Ziyad..??

Kalau korang nak tahu..dye la pendebat aku dalam soal jawab agama 4 tahun lepas... kitaorang penah couple..masa buat research pasal agama masing-masing..then A-Ziyad ni banyak ajar aku tentang Islam...dan pembuka hati...walaupun kapel tak sampai setahun, aku dan dia ni tetap kawan..sampai aku kawen...sampai sekarang ..

Dulu masa kapel, kita ada amik gambar sama-sama..hikhik..masa tu kita jumpa for the first time..tadi tengok gambar macan kapel yang happy..hahaha...

Dulu aku penah hampakan dia berapa kali..dia pun dah fikir tak nak hampa lagi so dia amik keputusan cari orang lain..jahat aku ni kan?? bukan ape..agama aku masa tu tak izinkan..tapi at last aku peluk jugak Islam yang indah ini... A-Ziyad ni anak yang baik, lelaki yang soleh, beriman, dan paling best dia lah lelaki penyanyang...tapi bukan jodoh aku dengan dia...dah di tentukan oleh ALLAH.s.w.t dia dijodohkan dengan seorang wanita yang baik akhlak, solehah, dan baik latar belakang..aku syukur..tumpang bahagia..masa diorang kawen, aku dijemput.datang..tapi tengok dari jauh..hihi..sayu hati sebenarnya...

Ye la..depan mata tak nak amik..tapi bila dah melepas..putih mata je lah...lagipun isteri dia kalau dibanding dengan aku..macam bumi dan langit..syurga dan neraka..aku ni tak la baik sangat..jahat pun tak..tapi dari segi amalan, perangai memang jauh...jauh sangat beza...

Tadi ade jugak stalk dye bye Facebook..hurm..dah jadi bakal ayah..wassseeehhh.... syukur alhamdullilah...bahagia diorang..tak cemburu laaa...memang ikhlas ni...

Ape pun..kenangan tetap kenangan..tak payah nak fikir..kenangan dijadikan tauladan dan pengajaran...sekarang berdoa..agar Mr Boifrez dapat membahagiakan aku macam diorang tu.. Amin ya rabba'al amin...

Ok..bersama kita doakan mereka bahagia..begitu juga aku... :)

Update from Blogger-droid by Android.

Sunday, January 27, 2013

Masih NOOB dalam berBLOG!!

Harlu haaaiii...

Haaa...nak mencarut kejap....


Cik kak ni (macam aku ni tua sangat la pulak...) memang la dah lama berblogging ni...hurmm...lebih kurang dah 4 tahun..sejak 2009...tapi masa mula blogging ni sekadar nak koongsi kisah hidup yang tak berapa nak best ni kan... tau tak pe...

Mula-mula tu biasa aje blog..tapi sejak terbaca blog seorang akak ni..nama blog dia Appledia story, aku jadi lebih suka pulak nak memblogging..then, baca pulak blog beautifulnara, tapi blog abang Nara banyak pasal artis..then haaa..jumpa blogger paling best.. abang Ben Ashaari...mesti ramai yang kenal kan?? hahaha... tapi jangan terkejut..aku tak penah pun baca blog blogger yang fames lagi sorang tu...Jejari Runcing.. serious aku tak penah pun baca blog dia sampailah aku kenal boyfriend aku, so dye bagi taw Jejari Runcing tu sape..aku penah gak dengar..tapi tak penah terfikir nak baca or follow pun blog dye selama ni...lepas tau..baru lah baca kan...

Okeh..bila dah blog walking ni..nampak lah blog orang lain...aku nak buat macam mana diorang buat blog diorang supaya tak nampak serabut..then aku dapat taw yang isteri rakan sepejabat aku blogger...hehe..aku panggil dye KAK BUI..pemilik Ini Blog Bui dan Bui Tutorial. Suami dye sama office dengan aku lerrr...so aku grab peluang yang ada ni...minta tolong kak Bui aku tu setkan aku punya blog..haaaa...tu yang jadi macam ni..hik hikhik... "Thanks banyak-banyak kak Bui"...sekarang pun aku masih menuntut ilmu tetang blogging ni...bukan kerana nuffnang semata-mata..tapi nak share dengan you all ape yang aku tau...


Aku ada terima maklumbalas dari seorang ni,, kenapa susah sangat nak baca aku punya post yang berkait rapat dengan tajuk entry baru?..aku sebenarnya masih NOOB lagi dengan blogging..tak taw nak buat macam mana..so you all baca la blog aku macam biasa..ikut manual je la...hikhik..tunggu tuntut ilmu lebih dari Kak Bui dan others blogger...

Ada jugak yang tanya, kenapa aku guna bahasakan diri aku "AKU" instead of "SAYA"??
Hurm...macam mana nak jawab..bukan tak nak bahasakan diri tu elok secara sopan or formal..sebenarnya, kalau aku guna "AKU" , mesti korang rasa korang macam dah kenal aku..dan aku rasa banyak jugak blogger lain guna bahasa diri yang sama instead of guna "SAYA" or guna nama sendiri... at least la korang rasa aku ni kawan korang..then korang kawan aku, di mana tempat aku luahkan perasaan aku... waahhhhh... sentimentalnya aku....hahhaaha!!! XD



Aku ni..teringin nak belajar something new untuk blog aku agar ramai viewers dan followers..tapi masih jugak kurang follower..walaupun viewers meningkan setiap hari..tak tau meningkat ke tidak..asenye orang sama je baca blog aku ni...

Saturday, January 26, 2013

Asam Pedas Untuk Dia..Novel Terbitan Terbaru Alaf 21

Harluuuu Haiii....

Haaa...ni cik kak ni nak habaq kat hang pa....novel baru ni..

Khamis lepas aku ngan bestfriend aku si Susan pegi Popular..sebab aku nak cari stationary...disebabkan aku ni dah naik HANGIN satu badan..disebabkan sape?? tak payah tau...hahaha... sooo aku jadi tak ingat nak beli ape...then one of the other reason nak pegi Popular sebab nak beli novel...

Disebabkan kawan baik aku tu dah baca satu novel..dia heboh kat Facebook kowt yang novel tu best giler...so aku decide tak nak beli..Instead aku nakbeli citer kesinambungan citer Laksamana Sunan hasil tulisan Ramlee Awang Musrhid.

Aku : Sue, apa nama novel yang ko baca tu..yang asam pedah apee???

Sue: Asam Pedas Untuk Dia..nape??

Aku : Nanti aku pinjam erk..ko punye ke??

Sue : tak lahhh kak Asmida yang punya...aku pinjam...

Aku : Kalau camtu aku beli je lah..novel ni aku baca kemudian... (aku letak balik novel Sunan tu..)


Ini milik aku...hehe...best citer ni....
Tajuk : Asam Pedas Untuk Dia
Penulis: Nureen Mirza (Hendan Yahya)
Terbitan : Alaf 21 (Group Buku Karangkraf)

Okeh...Novel ni kisah seorang ibu tunggal muda (balu..bukan janda..dia ni suami meninggal..bukan ditinggalkan...) yang bekerja sebagai pembantu rumah kat rumah orang berada di Puchong. Disebabkan perasaan simpati anak majikannya Ziyad, so, Ziyad membantu Ainin (si ibu tunggal) untuk meringankan bebannya membayar hutang bayaran sewa rumah dah tertunggak 5 bulan.. Ainin tidak mahu berhutang budi dengan majikannya, memulangkan wang bantuan sebanyak RM5 ribu . Perbuatan Ainin yang berdegil tidak mahu dibantu,  membuatkan Ziyad mengambil keputusan untuk bernikah dengan Ainin tanpa diketahui Umi dan Abah nya serta bakal tunangnya Shafinaz.

Perkahwinan selama 6 bulan dilalui penuh cabaran, apabila terbit rasa rindu, kasih dan sayang sehinggakan Ainin mengandung benih Ziyad. Ziyad yang bakal mendirikan rumah tangga bersama Shafinaz menyebabkan Ainin berasa hiba bila dia bakal dimadukan. Tidak ingin rasa hatinya bermadu, namun terpaksa, sebab itu adalah perjanjian antara dia dan suaminya. Akan tetapi, Ziyad merasakan cinta dan kasihnya kepada Shafinaz kian berubah..sehinggakan pada hari pertunangan mereka dia berasa berat..dan menyesal kerana tidak membantah untuk bertunang.. Pada suatu hari, Ainin pengsan di rumah Umi Ziyad, sehinggakan tercetusnya persoalan anak siapakah di dalam perut Ainin. Ainin yang selama ini dipandang tinggi oleh keluarga majikan nya menjadi seorang yang hina terutamanya Zarul, adik Ziyad, yang menyimpan perasaan cinta kepadanya menghina dan menggelarnya sebagai two timer.

Oleh kerana tidak mahu isterinya dimalukan dan rahsia mereka terbongkar, Ziyad, mengambil keputusan untuk menghantar Ainin dan keluarganya ke Tanjung Karang, di rumah banglo mereka Vila Cinta Pertama. Kebetulan, abang sepupu arwah Hairi, arwah suami Ainin, berkahwin di Kuala Kangsar, Ainin bercadang untuk mengikut Iqram ke Kuala Kangsar. Ziyad pula, yang sudah berjanji menghantar Ainin ke Tanjung Karang naik berang bila isteri, anak tirinya dan emak mertuanya tiadak berada di rumah.

Ziyad mencari Ainin bagaikan separuh gila. Dia mencari Ainin di rumah kakak iparnya, Kak Anida, di Muar. Namun isterinya tidak kelihatan...Akibat rasa bersalah, Ziyad memutuskan untuk memberitahu keluarganya bahawa dia telah menikahi Ainin 6 bulan lepas atas kerana simpati dan telah menyemai rasa cinta kepada pembantu rumahnya. Ziyad memutuskan tali pertunangan dia dan Shafinaz. Penerimaan keluarga Ziyad kepada Ainin amatlah disenangi, kerana keluarga itu sememangnya suka dan senang dengan Ainin. Ziyad berjaya menjejaki Ainin dan keluarganya setelah mengetahui di mana Ainin berada melalui pak cik di kedai makan, di mana Ainin selalu menghantar nasi lemak dan kuih koci pulut hitam.

Kisah ini berakhir, apabila Ainin selamat melahirkan anak lelakinya, anak bersama dengan suami tercinta, Ziyad. Manakala Shafinaz pula berkahwin dengan Khairil Anwar, anak sahabat Mamanya.

Kisah ni novel ni memang menyentuh setiap perasaan hati aku...mana tak nya..kisah seorang ibu tunggal, dengan bebanan kewangan...memang best..rating yang sama seperti novel Ombak Rindu...kalau nak baca, beli lah di kedai buku atau di MPH or Popular...memang best cerita ni...bukan kategori 'OKlah...'

Oh ya..kenapa novel ni pakai tajuk Asam Pedas Untuk Dia? Dalam novel ni, si Ziyad suka makan asam pedas..lebih-lebih lagi masakan Ainin dan setiap kali Ainin masak, Ziyad request asam pedas..hehehe..sebab tu cerita ni guna tajuk asam pedas..dan tagline untuk cerita ini, "Air tanganku ini mengalir bersama sejuta rasa cinta" teringat kat bekas suami aku dulu, memang selalu request asam pedas daun kesum..kalau masak asam pedas bunga kantan memang bising...sebab tak suka bau bunga kantan...huhu..terkenang kembali...

***
Jodoh pertemuan di tangan  Allah s.w.t ... orang yang kita tak pernah duga itu lah jodoh kita...

Friday, January 25, 2013

Grand Final SoulStar 2012

Harluuuuuu Haiiii.....



Haaa...SoulStar?? amende tu?? huhu...at first..aku sendiri pun tak tau ape show tu sebenarnye..ye la..duduk kat negeri orang memang tak tau mende tu... okeh...bagi orang Sarawak..mesti dah tau kan ape Soul Star tu??? SoulStar adelah program reality mencari bakat baru yang ditubuhkan pada 2006 oleh gabungan Sarawak Cultural Vilage (Kampung Kebudayaan Sarawak) dan E-One Dasri Talent Management. Pada kali ini SoulStar telah bermula pada 10 November 2012 hingga 26 January 2013.

Hafiz semasa AJL pada kali lepas...

Kalau korang nak tahu, penyanyi Hafiz AF adalah penyanyi daripada program reality ini sebelum beliau menyertai Akedami Fantasia..haa..memang patut pun Hafiz dapat undian banyak masa AF dulu kan..sebab dye dah fames pun kat Sarawak...


Okeh pada tahun ini, Grand Final SoulStar yang akan diadakan di Dewan Undangan Negeri Lama Negeri Sarawak (tadi aku pegi tengok rehearsal sekejap..) persediaan amat teliti..dengar kata ada siaran LIVE..tapi kesahihan tak tau lagi sebab tadi tengok banyak jugak jurukamera video dan jurukamera yang buat preparation untuk hari Sabtu ni...haa....

Gambar dari Utusan Malaysia.
Tahun ni jugak dengar ada banyak contestant yang hebat...patut laaa...orang Kuching banyak tak datang masa ujibakat Vokal pada hujung tahun lepas...rupanya yang berbakat banyak dah join program tempatan..ye la..lagi cepat kan??

Amat bangga la...sebab negeri kesayangan hamba ni, Bumi Kenyalang Ibu Pertiwiku (Cheiitt~~~) dah semakin advance...minta-minta artis ataupun talent dari program ni dapat la meletop macam si Hafiz..ye la..Hafiz anak kebanggaan Sarawak..selain artis-artis lain..contohnya Dayang Nurfaizah, Camelia, Anding, Bob, Nurul, Melissa Saila dan banyak lagi...ape ape pun buat peserta SoulStar 2012... FIGHTING!!

hehehe......Good Luck Guys....

Untuk info pasal SoulStar ni...sila buka DISINI

City One Megamall Kuching is OPEN!!

Harluuu haiii....

Kalau orang Kuching, may be dah sedia maklum tentang City One MegaMall..Shopping kompleks yang paling besar di Kuching setakat ni telah pun dibuka untuk orang ramai...namun perlancaran secara besar-besaran belum lagi dibuat..dan kemungkinan akan dibuat pada bulan Februari ataupun Mac tahun ni...


Ye la..untuk fasa pertama, bahagian sayap pertama telah pun siap..namun banyak lagi kedai yang masih lagi dalam proses construction. Sekarang ni..Metrojaya dah dibuka, Focus Point kedai optic favourite aku dah dibuka...setakat ni ade la dalam 10 buah kedai yang telah ada di City One Mega Mall.Rejectshop masih lagi dalam construction, namun mereka dah buka "open outlet" di tengah-tengah walkway...







Yang buat aku tak sabar hanya satu...satu-satu nya yang buat aku excited dan tak sabar menunggu adalah GOLDEN SCREEN CINEMA!!! Finally...datang ke Sarawak..and especially di Kuching...WOW!! gempak dowhhh....

Ye la... Kuching ni agak kurang cinema nye...so..mengharapkan MBO je..memang tak le..sebab lebih suka GSC sejak duduk kat Putrajaya or K.L... hurmmm... Kuching dah semakin maju seiring dengan Kuala Lumpur...haaa...jangan anggap kita orang ni orang Sarawak masih duduk atas kayu tauuu!!! haaa...sooo..buka-buka la mata anda sekalian....

Selain itu, antara new coming yang ada di City One ni..Tutti Fruitti...hehehe...ye la..before this cuma ada Hielo,BerryLite dan ada local brand lain jugak...so bila Tutti Fruitti ni dah datang kat Kuching...the heaven come finally..bagi aku la... bukan ape..sebab dah 4 tahun duduk Putrajaya / Kuala Lumpur... aku ade jugak rasa kekok bila mula-mula favourite shop aku tak de kat sini...tapi sekarang boleh adapt..bila YES KUCHING HAS EVERYTHING TOO....


And quite surprise bila ada uji bakat daripada TV3 untuk program Bintang Mencari Bintang bakal diadakan di City One Mega Mall pada 2 & 3 Februari 2013...haaahh?? nampak nya Merdeka Plaza yang sedia maklum grand tak dipilih untuk tempat uji bakat ke..?? huhuhu...ye la...may be City One lagi besar dan senang untuk buat uji bakat untuk rancangan tv yang besar kan...?? hehehe...

Monday, January 14, 2013

Blogger Perlu Hormati hak Kebebasan Bersuara

Harluuu Haiii....

Apa itu Hak Kebebasan Bersuara??? Ade ke hak itu untuk rakyat Malaysia??? Kenapa nak sentap ngan statement blogger or sapa-sapa sedangkan setiap manusia ada hak untuk bersuara??

Itu lah yang banyak aku dengar dan baca bila ada berkaitan isu sensitif or politik diutarakan  di mana-mana media massa...dan mengisukan perkara tersebut di laman sosial or blog...

Pagi ni masa aku baca Harian Metro, aku terbaca satu article yang mengatakan tentang kebebasan bersuara...di mana penulis Rudy Fazrunisyam a.k.a Bujang Senang mengatakan sebagai seorang rakyat Malaysia, kita diberikan hak kebebasan bersuara, namun harus diingatkan bahawa indivdu (kelebihan kepada blogger) agar berpegang teguh kepada pengangan agama , tatasusila dan budaya ketika mengutarakan pendapat masing-masing.

Aku sangat setuju dengan pendapat beliau...ye la..ade sesetengah orang kalau dah menulis dalam blog mahupun status atau komen dalam facebook memang tak ingat dunia dan persekitaran...

"Hak Kebebasan Bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia (Human Rights) dalam Perkara 91 Pengisytiharan Hak Asasai Sejagat serta dalam undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa, Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPP). ICCPP mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan yang mana semua manusia mempunyai hak menyatakan pendapat masing-masing."

Semamngnya negara kita mempunyai kebebasan bersuara, tapi jangan lah sampai menyampaikan fakta yang salah,menghasut, menghasut dan menjatuhkan maruah pihak tertentu...kadang-kadang kita ni nak bersuara kena berpada-pada..baka kata pepatah "Cakap siang padang-pandang, Cakap malam dengar-dengar" tak pun baka kata pasar nya "Bercakap biar berlapik..jangan men hentam kromo je.."

Menurut Rudy Fazrunisyam lagi, seseorang blogger perlu mengenalpasti sumber yang boleh dipercayai dan bukan nya menerbitkan maklumat yang tidak tepat dengan bijak membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta...hurmm..yang ni banyak terjadi dalam isu politik dan artis-artis...ye la...kadang-kadang maklumat sokongan dan komentari lagi banyak dari fakta..kadang-kadang menimbulkan kekeliruan pembaca..haaa...ni laa..yang boleh menyebabkan terbitnya isu sensitif dan menjuruskan perbalahan.... (mak aihhh..bahasa aku mantapppp...)

Kita ni blogger harus berhati-hati dalam menerbitkan sesuatu isu...ye la..bak kata orang, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak publish...tak boleh undur..nak delete dah dibaca orang..." hahaha....so..sape ada baca Harian Metro hari ni, boleh ke side Bujang Senang, penulis Rudy Fazrunisyam, tajuk sama ngan tajuk entry...

Mohon maaf juga andai aku pernah terlajak atau menyentuh sedikit perkara sensitif dalam blog aku ni...ye la..kita ni manusia..bukannya sedar mana silap kita sendir...sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi manusia lemah seperti kita......

Twitter or Facebook

Harlu Haaaii...

Facebook or Twitter???

Mane yang best? Facebook ke Twitter??

Aku ni..dah lama dah join mende alah dua ekor ni...Facebook sejak 2007 lagi..masa tu Facebook belom fames cam sekarang...masa aku join tu omputih yang banyak join facebook..lagi pula orang Malaysia tengah ngan trend MySpace ngan Friendster..wujud lagi ke social networking tu...?? Masa aku mula join Facebook @ FB ni, kawan aku yang ajak..dye kate FB lagi best..sebab kalau komen page kawan kite boleh tau...so aku join la kan...tak sangka jadi fames bila ada game yang satu Malaysia main iaitu FarmVille...aku ingat lagi FarmVille aku sampai Level 48 je..pastu game tu jadi sesak..and susah sangat nak masuk..sampai sekarang...

Twitter pulak aku start pun sebelum Twitter fames macam sekarang...belagak ke Moi?? aku masuk Twitter pun lebih kurang sama waktu ngan masuk FB..Twitter ni aku masuk sebab ex-boy aku yang ajak...dye kate best sebab trending banyak dari artis-artis Hollywood kate nye... orang pertama aku follow ex-boy aku, bakal kakak ipar aku, then artis VLogger iJustine dan Peter Chow... haaaa...aku tak le active seperti active ngan Facebook..sebab kawan-kawan tak der and tak banyak yang reti men Twitter ni... so nak hashtag diorang pun tak boleh..so aku buka Twitter sekadar nak tahu perkembangan artis-artis yang aku suka je... baca je pown..bukan aku retweet balik ape cite diorang..tapi lately, sejak dah guna hp Galaxy Y aku, aku download la apps Twitter, memang dah macam orang len jugak aku retweet trending dan tweet ape je yang aku rasa nak tweet :p




hurmm...
ni nak gossip sikit ni...kat twitter aku ada follow si Chomel Gedeng-gedeng Wan Zack Haikal, pemain bola sepak kebangsaan yang tengah howt meletop kat mulut sumer gadis..waima dah berpunya.. Sejak akhir-akhir ni si Wan Zack semakin aktif ngan twitter beliau..hik hik..kate nye yang FB account dye dah activate..so fokus kat twitter...tapi aku ade gak Liked page dye kat FB..ade lagi je aku tengok...tapi tak tau plak tu akaun FB dye yang betol..sebab ape aku tengok...memang sama ngan dye post kat Twitter...mana satu betol atau tak aku tak tawww...

Then, ade jugak isu ada sorang minah ni kan...cakap dye awek Wan Zack Haikal...mak aihh...betol atau tak kite tak tau..sebab gambar dye letak gambar dye ngan Zack..tapi semua dah tau kan..yang Wan Zack Haikal tu dah de yang punya..nak pecaya memang tak lah..tapi asal buat camtu sekali erkk?? minat pun beragak laaa....jangan buat orang lain gelak kat diri sendiri kan???

hurmmm...
FB ngan Twitter ni tempat sharing kisah masing-masing..then dari situ orang boleh nilai kite sama..and sama gak ngan blog or vlog...ye la..nak percaya 100% tu jangan la...semua kita tak tau mana betol mana salah..kang kena saman baru tau..padan muka..macam kes aku dulu..duk maki hamun department lain..nasib bek kena tegur..kalau kena saman tak ke naya aku..hahahahah....bangga ke??  so..semua social networking jangan nak percaya sangat lah k? bukan ape..semua berbalik kepada kita je nanti... kecuali yang product-product tu boleh la pecaya sikit..hurm...tak pe la..pikir seniri..hik hik hik...

Promosi dari Osmi Photography

Harlu haaiii....

Nie...dengan kesempatan ni..sebelom terlambat laaa...minta-minta blom terlambat..aku nak promo sikit promosi dari Osmi Photography.  Kebiasaan nye, awal tahun banyak promosi, promosi pasar raya la..perabot la...butik-butik la...ni bukan erk...ni promosi khidmat photography perkahwinan dari Osmi Photography...



haaa...kalau nak tengok gambar selebihnya pegi ke blog Osmi Photography DISINI atau ke page Facebook DISINI 

** Untuk contact Osmi Photography hanya melalui WhatApps dan inbox kat page FB atau boleh email ke osmiphotography12@gmail.com.

Maya Karin and Remy Ishak?? Remaya??Mayarem??


Harluuuuuu Haiii

Maya Remy?? Mesti korang heran kan.?? Sape tuu? Okeh.. ni pasal Remy Ishak ngan Maya Karin… Kalau dulu Remy Ishak couple ngan Tiz..tapi sekarang ni si Jejaka Melayu Terakhir tu digossipkan dengan Maya Karin.

gambaar dari Google 

Tadi, Melodi ada interview Maya Karin, tanye tentang hubungn dia  dengan Remy, Maya kate diorang just kawan-kawan je…tak lebih…and sekarang ni diorang tengah shooting untuk cerita Sejoli.. “May be lepas shooting ni kite ade rest boleh pegi urut-urut kaki sama kot..” itu statement dari Maya Karin…

Gambar dari gambargambarpelik.blogspot.com

Okeh..kita doakan moga pasangan yang cun ni akan bersama…mana tahu..jodoh diorang kan??



Sunday, January 13, 2013

My Wake-Up Entry


Harlu Haaaaiiii….

Bahhh setelah lama tak menulis dalam blog ni… keadaan tak mengizinkan…lagi pula masalah dengan netbook  abang aku yang tintong lansung tak dapat masuk ke new post…dan lagi tak leh nak suh buat keje…bila taka pat nak upload gambar…hehehe
Okeh…
Tadi kite tengok Melodi…seperti biasa ade je cerita artis negara kita…
Melodi dah berubah wajah…di set yang baru…segmen pun dah baru….haaa…tip top gitew….

Ok la.. Wake Up entry aku ni….

Monday, January 7, 2013

Staff Operator yang POYO!!

Haiishhhh.....

Bukan nak burukkan agensi ni....tapi lansung tak boleh blah bile aku call Koperasi tu sekejap tadi nak bertanyakan jumlah baki pinjaman aku,,,ye laaa...aku mane penah tanye tentang baki pinjaman..disebabkan ada urusan, aku terpaksa la nak tau bape baki pinjaman aku...

Aku call punya la sopan...ye laaa...dah paham sangat etika menjawab talipon ni kan...??? dulu aku kerja customer service kat kementerian lama..dan sekarang ni pulak kena tugas kaunter...bercakap pun sopan la...seperti yang dituntut oleh kerajaan Malaysia, "Budi Bahasa Budaya Kita"

Bila aku mula bertanyakan nak tanya tentang balance pinjaman setakat ini... waaaahhhhh...jawapan yang  betol tapi cara yang salah..... korang boleh bayangkan la dengan cara poyo watak Tengku Mariam (yang dilakonkan oleh Zila )

"Untuk pengetahuan CIK VERA (dia tekankan part nama tuuuu) kalau nak tahu balance pinjaman tak boleh dari percakapan. Awak kena tulis surat dan fax kepada kita..dalam tu awak letak lah nama awak, no ic awak, nombor talipon awak dan fax ke sini.ok??"

Tahan sabar kowttt....dengar...memang la dia bagi infomasi yang baik...tip top...tapi masalahnya cara dia menyampaikan informasi tu macam dia cakap ngan kengkawan pulak.. then dengan elok aku tanya lah.. "Boleh saya dapatkan no faks koperasi?" so dye pun sebut la "03-202****"

Pastu dengan rasa maleh... cepat-cepat la aku ckp... "Terima Kasih" dan letak talipon...aku pun diam sendiri...hurm...dan-dan je lepas tu aku bagitau la member aku....haaaaa...

Sakit hatiii.....


Thursday, January 3, 2013

Welcome 2013!!

Harlu haiiii....

Ahaks...lambat 3 hari untuk buat 1st entry, entry pembukaan 2013...saya tengok ramai dah blogger buat entry pembukaan 2013..ade yang buat masa malam new year..ade yg dah post entry antar anak ke skola...hehe...

Akibat permulaan tahun..keje pun agak menimbun..cuti tak le lama..tapi masa balik cuti Christmas mood nak keje lari..

Untuk permulaan...aku nak ucapkab Happy New Year...nampak nye tak de tsunami or gempa yang menggelamkan bumi. Choit~~ minta-minta Allah tak.turunkan mala petaka yang mendasyatkan umat nya... Ameen...

Masa new year lepas ade la celebrate dengan member...agak fun walaupun bilangan yang sedikit..tapi agak meriah...

And awal tahun ni banyal dah pasang azam...haaaa...aku ade pasang azam..tapi tak le nak post...bia berada dalam diari hati...