I AM MUSLIM

I AM MUSLIM

Tuesday, February 17, 2009

hari-hari ku...

haha...back again...2 hari aku busy kat office...sekarang nie aku keje 7 hari seminggu.biasalah mencari duit lebey bak kata orang.aku turun je keje.kalau tidak pikir kan duit aku takkan keja.sekarang nie baru aku tau keje nie meletihkan walaupun keje kat office.dengan keja yang bertimbun atas meja.pulak dah kadang-kadang aku meeting dengan bosses..tu yang buat keja aku tertangguh..
bulan nie aku busy gila.sejak office kitaorang kene Audit oleh Audit kementerian.keje-keje yang tahun lepas aku kena settlekan.tue yang buata aku keja ujung minggu.pulak dah pegawai-pegawai banyak yang pergi posting.fail yang turun "gedebup!!" macam apa! tension..tension..kalu fail diorang yang hilang aku kena pegi tolong carikan.ya lah boss aku strict.kalu fail tak ckup dipulangkan, confirm punya-punya dia takkan sign posting form.
yang jadi mangsanya aku.pulak tu aku boleh gaduh lagi dengan office boy aku sebab aku cuai buat keje.(aku pun kena la defence sendiri bukan ada peguam pun..)haha..salah aku gak..buat keje tak hati-hati.ingatkan aku yang paling bagus buat keja..haha :D

sekarang nie ke"busy"an aku semakin memuncak..kadang aku rasa aku hilang masa fun.
entah la...aku tak pikir sangat dah fun..bagi ku sekarang nie just having life as a normal person...who is addict to work..tp aku bukan tergolong dalam workacholic...

Thursday, February 12, 2009

about me Part 2

Pada 25 Ogos 2007 aku berangkat ke KL sorang diri nek belon (kapal terbang bahasa Sarawak) sorang diri.aku tak ler takut. cuma sunyi tak de orang temankan aku pegi.sampai di airport sepupu aku ada ambik aku.huhu...dia just teman aku pegi KL sentral je.Sampai di KL sentral kawan aku jemput aku ke Putrajaya.aku masih ingat masa tu aku bawak 2 beg penuh.macam confident tak balik Sarawak lagi.apa lagi..masa untuk bebas lah...Sampai di Putrajaya aku menyewa dengan kawan kepada kawan aku.









Pada 28 Ogos 2007, aku melapor diri di JPM. Semua org ada parents temankan. Ramai dari Sarawak.aku dengar ramai yang bertutur bahasa iban. masa tu aku lansung marah kat daddy aku. kata sayang, hantar melapor diri pun tak.tak kesian ke kat aku.hurmmm...habis je program ceramah nie so orang bagi ler penempatan kami.aku hampa kecewa sesangat masa tu.ingatkan dapat keputusan petang tu.rupa nya pagi esok. sakit hati ku!!!



29 Ogos 2007, aku pergi ke pejabat JPA untuk mengambil surat penempatan.rupanya kena tunggu sampai petang.gila betol...tu pun kena tunggu dari 8 pagi sampai 5.30 petang. dah ler lapar gila.sakit hati betol. masa tu aku sumpah menyumpah orang JPA buat keja lambat. pukul 5 petang tu surat aku pun kuar..bila aku buka dan baca "Penempatan Vera bla..bla..bla...ialah Kementerian Luar Negeri dan melapor di jabatan pada 30 Ogos 2007 bla..bla..bla.." aku pun tanya kawan aku (baru kenal masa tunggu tu...) budak sarawak gak..."Zie, kementerian luar negeri ada sik kat sarawak.sik penah pun aku dengar tok?" (bahasa sarawak tu) dia pun jawab mungkin ada.miri kan pentadbiran baru.so mungkin ada jangka nya.tak tahan aku kol kakak ipar ku.kakak ipar aku kata kementerian tu tak ada cawangan kat mana-mana negeri di malaysia.GILA LAH!!!



Seminggu aku menangis.Nasib baik ada Aishah, kawan baru aku (sekarang dia kakak angkat aku) budak sarawak juga.kita selalu jumpa.Beberapa hari kemudian ada masalah baru.rumah.housemate kawan aku halau aku dari rumah.sebab bilik tempat aku tu dia dah reserve untuk kawan dia dari sabah.geram nya...pas tu aku pun berusaha mencari rumah.akhirnya dapat...kemudian cari house mate..pun dapat.Melisa.dia sama office dengan aku dan sama gak dari sarawak.hehe...

sekarang nie dah setahun setengah aku duduk sini.keja sebagai Pembantu Tadbir di Kementerian Luar Negeri.huhu...disini lah dunia ku..di dunia ini aku kenal ramai orang dan menghadapai susah senang dengan tabah.dari seorang anak yang tak penah berenggang dengan keluarga aku menjadi seorang wanita berkejaya dan dalam arah membina kejayaan yang unggul.hehe....oleh sebab aku bercita-cita tinggi...tak le tinggi..just inginkan keseimbangan hidup di dunia baru ini.

di dunia asing ini aku telah bertemu dengan jodoh hidup aku.dan kemungkinan aku akan membina empayar keluarga Imang di Putrajaya.buweeeekkk...angan-angan yang sukar dicapai tuu...hahaha!!!



about me




Nama ku Vera Myrrella Lemba Imang. Berasal dari Daerah Saratok , Bahagian Betong Sarawak. Aku 100% iban walaupun muka ku sedikit rupa cina. Aku anak bongsu dalam keluarga. Aku lahir pada 4 Ogos 1988, bermakna tahun nie aku 21 tahun. Aku sayang Mummy dan Daddy aku..aku sayang abang-abang dan kakak ku.hehe..aku adalah anak kesayangan daddy aku.aku rapat dengan daddy aku, tapi close gak lah dengan mummy aku.


Aku mula mengaji kat Sekolah Rendah Kristian St Peter Saratok (CPS St Peter Saratok) kat Pekan Saratok. Kemudian aku menyambung pengajian ke menengah rendah dan menegah tinggi kat SMK Saratok. Sekolah nie tempat daddy aku mengajar.maklumlah anak daddy..kemana pergi mesti dengan daddy.hehe...aku study kat sini dari Form 1 sampai Form 5. semasa form 3 daddy aku pernah mengajar kelas aku matapelajaran science.hehe..masa nie aku berjaya score science A masa PMR (Penilaian Menengah Rendah) dan masa masuk ke sekolah tinggi (form 4 dan form 5) aku masuk kelas aliran Full Science. masih teringat masa tu orang gelar kelas kita "Fool Science" sebab kelas kita buat formula sendiri dalam subject AddMath, Fizik, Kimia dan Biology.disamping itu kelas nie wajib mengambil sejarah, dan student kat kelas nie memang bodoh sangat dalam matapelajaran itu.paling tinggi gred B3.hahaha!! tue pun meniru masa Term Exam.hehe....(tp masa SPM serius) kelas pernah kene marah dengan pengetua, guru PK, PKHEM, Guru Disiplin dan Guru-guru kanan.(melalut pulak!!!)


abis SPM...aku mendapat 2A.memohon UPU , IPTS, dan politeknik.tapi keputusan aku alang-alang untuk mengambil diploma dalam mana IPTA. aku mendapat tawaran dari masterskill tapi aku tolak.sebab tak nak daddy aku bayar mahal-mahal untuk aku study benda yang aku tak minat (Dentist Assistance). Kemudian aku dapat tawaran Sijil Kejuruteraan Awam (Sivil Engineering) kat Politeknik Shah Alam.aku sendiri yang mohon ambik subjek ni sebab aku minat.dulu penah ambik subjek nie kat Sekolah Menengah Teknik, tapi aku tak masuk study sebab daddy tak lepas sebab dapat jauh iaitu SMT Miri. Masa dapat tawaran dari Poli aku happy sebab dapat study kat Shah Alam. tapi daddy aku tak lepaskan jugak.biasalah anak kesayangan daddy..pegi jauh-jauh memang tak bagi punya...

4 bulan aku keje kat Cyber Cafe aku kemudian aku dapat tawaran ke tingkatan 6 rendah pada 15 mei 2006. akhirnya aku belajar juga...aku tak kesah aku tak dapat mana-mana IPT janji aku belajar. Masa di LoweSix aku mendapat keputusan yang ok..aku meneruskan ke UpperSix.

Semasa di LowerSix kawan aku gatal isi borang SPA untuk aku.aku ikut apa dia buat.

1 Mac 2007 aku dapat tawaran interview untuk Pembantu Tadbir.aku buang tebiat pegi lah interview.yang pelik nya, ayah aku ye Oo..Oo je suruh aku pegi interview tu.aku pegi lah.masa buat interview tu aku jawab soalan dengan tak yakin.sebab niat dihati memang nak belajar je.bukan nak keje pun.aku ditemu duga dalam english.aku relax je jawab.sebab kat umah memang aku guna english bertutur dengan mummy aku.hehe..so no problem for me...

bln mei, 16 Mei 2006 aku mendapat surat bahawa aku lulus temu duga.happy tu happy lah.tapi tak ler melompat smpai pecah bumbung.(orang dapat keje slambe je.parents happy bagai nak rak!) STPM tinggal 4 bulan lagi.aku dapat tawaran melapor diri di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.Huh!!! Putrajaya!! Jauh gilerrrrrr.....Daddy aku tak semena-mena kata "Vera pergi lah..peluang dah dapat tu.buat ape nak pikir." pulak??? kata aku. dulu aku nak belaja kat shah alam mati-mati tak bagi pegi...