I AM MUSLIM

I AM MUSLIM

Saturday, September 25, 2010

Sahabat , Rakan, Kawan

Sahabat , Rakan , Kawan

Ramai yang sangka 3 ni adalah sama.Tapi sebenarnya tak sama. Ramai yang keliru 3 perkataan nie membawa maksud yang sama atau tidak. Sekiranya di alihkan kepada bahasa Inggeris...3 perkataan ini menjadi satu "FRIEND". tapi...itu adalah bahasa Inggeris.

Sahabat - Sahabat adalah orang yang paling kita kenal dan sentiasa berada bersama dengan kita. Segala rahsia, perangai dan apa saja tentang diri kita mesti sahabat yang tahu. Sahabat adalah orang yang betul-betul kita percayai. Amanah dan pegang pada janji itu adalah sahabat. Sahabat tidak pernah menyakitkan hati sahabat nya. Sahabat dia akan menasihati sahabat  sekiranya sahabat nya itu melakukan kesalahan atau memerlukan bantuan. Sahabat adalah orang yang paling awal mengambil berat tentang diri kita, kesihatan kita, keadaan kita.

Rakan - Rakan adalah orang yang berada di sekeliling kita.Sama ada di sekolah, di pejabat, di cyber cafe, di Facebook, atau mana-mana saja. Rakan dia takkan ambik tahu apa-apa pun hal kita..janji tak ganggu hidup dia. Rakan diorang dengar je apa kita cerita kat dia..tapi dia takkan bagi komen tentang kita nak cerita.

KAWAN - KAWAN ni sangat bahaya...bak kata orang..kawan nie umpama biskut...kejap ada kejap tak ada. Bila kita senang..dia mai join..tapi bila kita susah endah tak endah je...kawan nie bila kita kata nak belanja makan laju je punggung..tapi bila kitaade masalah..diorang rase macam berat je nak tolong... bak kata orang...kawan ketawa ramai..bile kite nangis sorang-sorang...kawan nie kalau kita pinjam $$ kat diorang..masa bayar bayar liat je...ye lah...ade orang tu tak de lah nak minta kawan die tu bayar cepat...tapi bila ada kesusahan minta bayar..lansung diam..yang baik nye kawan ni...diorang memang danggup mendengar citer kite..siap bagi nasihat...tapi bila kita down..bukan nak naikkan semangat...condemkan kite lagi adalah...huhu...sakit sungguh...

Itulah beza antara Sahabat, Rakan, dan Kawan. Jangan anggap tiga nie bende sama..walhal nie bukan sama...jangan ikut sangat maksud dalam bahasa Inggeris... Sebab itu, orang kata bahasa Melayu begitu indah kerana mempunyai pelbagai maksud..walau diterjemahkan kepada bahasa Inggeris maksud nya SATU...