I AM MUSLIM

I AM MUSLIM

Monday, November 8, 2010

Hurt To Hurt

Bukan susah untuk jatuh cinta...dan bukan senang untuk melepaskan cinta.

Cinta yang bukan kehendak keluarga amat menyeksakan... Lebih-lebih lagi berlainan agama. Bila cinta tidak direstui oleh keluarga, dan terpaksa untuk berpisah demi kepentingan keluarga. Walaupun pilihan sendiri merupakan cinta yang lahir dari hati, dan sukar untuk kita melepaskan cinta itu. Ye lah...kalau dah kehidupan sudah seperti pasangan suami isteri dan pernah berhasrat untuk mendirikan rumah tangga secara sah, untuk melepaskan cinta memang perit. Kadang kala, menyalahkan diri sendiri kerana menyerahkan cinta melebih jiwa dan raga.

Melukakan hati cinta kita, sessuatu yang melukakan perasaan..bukan hanya orang yang kita lukai...tetapi hati kita sendiri. Demi keluarga, kita terpaksa melukakan nya. Memang sangat perit..dan luka yang kita tinggalkan untuk dia amat lah dalam.Dia menyayangi kita dengan sepenuh hati. Azam mendirikan rumah tangga mempunyai anak kecil semuanya musnah. Bila teringat balik segala janji yang pernah kita meterai suatu masa dulu, hati menangis sakit yang amat dalam. Dalam hati, mampu berdoa.

"Ya Tuhan ku, damaikan lah hati hamba-Mu ini. Berikan aku ketengan untuk menghadapi dugaan yang Kau sediakan. Ya Tuhan ku, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini."

Melukai hati cinta kita,sama seperti melukai diri sendiri. Cinta terluka kita pun terluka. Dia terluka kerana kita melukai perasaan dia. Kita memilih keluarga berbanding dia. Kita terluka kerana melukai hati cinta, menggalkan cinta, mengingkari janji cinta, dan paling tidak dapat diterimai adalah DITINGGALKAN dan MENINGGALKAN. Menangis 7 hari 7 malam...'berpuasa' 7 hari. Dalam hati mampu berdoa.

"Ya Tuhan ku, tabahkanlah hati aku. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini."