Nama ku Vera Myrrella Lemba Imang. Berasal dari Daerah Saratok , Bahagian Betong Sarawak. Aku 100% iban walaupun muka ku sedikit rupa cina. Aku anak bongsu dalam keluarga. Aku lahir pada 4 Ogos 1988, bermakna tahun nie aku 21 tahun. Aku sayang Mummy dan Daddy aku..aku sayang abang-abang dan kakak ku.hehe..aku adalah anak kesayangan daddy aku.aku rapat dengan daddy aku, tapi close gak lah dengan mummy aku.
Aku mula mengaji kat Sekolah Rendah Kristian St Peter Saratok (CPS St Peter Saratok) kat Pekan Saratok. Kemudian aku menyambung pengajian ke menengah rendah dan menegah tinggi kat SMK Saratok. Sekolah nie tempat daddy aku mengajar.maklumlah anak daddy..kemana pergi mesti dengan daddy.hehe...aku study kat sini dari Form 1 sampai Form 5. semasa form 3 daddy aku pernah mengajar kelas aku matapelajaran science.hehe..masa nie aku berjaya score science A masa PMR (Penilaian Menengah Rendah) dan masa masuk ke sekolah tinggi (form 4 dan form 5) aku masuk kelas aliran Full Science. masih teringat masa tu orang gelar kelas kita "Fool Science" sebab kelas kita buat formula sendiri dalam subject AddMath, Fizik, Kimia dan Biology.disamping itu kelas nie wajib mengambil sejarah, dan student kat kelas nie memang bodoh sangat dalam matapelajaran itu.paling tinggi gred B3.hahaha!! tue pun meniru masa Term Exam.hehe....(tp masa SPM serius) kelas pernah kene marah dengan pengetua, guru PK, PKHEM, Guru Disiplin dan Guru-guru kanan.(melalut pulak!!!)
abis SPM...aku mendapat 2A.memohon UPU , IPTS, dan politeknik.tapi keputusan aku alang-alang untuk mengambil diploma dalam mana IPTA. aku mendapat tawaran dari masterskill tapi aku tolak.sebab tak nak daddy aku bayar mahal-mahal untuk aku study benda yang aku tak minat (Dentist Assistance). Kemudian aku dapat tawaran Sijil Kejuruteraan Awam (Sivil Engineering) kat Politeknik Shah Alam.aku sendiri yang mohon ambik subjek ni sebab aku minat.dulu penah ambik subjek nie kat Sekolah Menengah Teknik, tapi aku tak masuk study sebab daddy tak lepas sebab dapat jauh iaitu SMT Miri. Masa dapat tawaran dari Poli aku happy sebab dapat study kat Shah Alam. tapi daddy aku tak lepaskan jugak.biasalah anak kesayangan daddy..pegi jauh-jauh memang tak bagi punya...
4 bulan aku keje kat Cyber Cafe aku kemudian aku dapat tawaran ke tingkatan 6 rendah pada 15 mei 2006. akhirnya aku belajar juga...aku tak kesah aku tak dapat mana-mana IPT janji aku belajar. Masa di LoweSix aku mendapat keputusan yang ok..aku meneruskan ke UpperSix.
Semasa di LowerSix kawan aku gatal isi borang SPA untuk aku.aku ikut apa dia buat.
1 Mac 2007 aku dapat tawaran interview untuk Pembantu Tadbir.aku buang tebiat pegi lah interview.yang pelik nya, ayah aku ye Oo..Oo je suruh aku pegi interview tu.aku pegi lah.masa buat interview tu aku jawab soalan dengan tak yakin.sebab niat dihati memang nak belajar je.bukan nak keje pun.aku ditemu duga dalam english.aku relax je jawab.sebab kat umah memang aku guna english bertutur dengan mummy aku.hehe..so no problem for me...
bln mei, 16 Mei 2006 aku mendapat surat bahawa aku lulus temu duga.happy tu happy lah.tapi tak ler melompat smpai pecah bumbung.(orang dapat keje slambe je.parents happy bagai nak rak!) STPM tinggal 4 bulan lagi.aku dapat tawaran melapor diri di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.Huh!!! Putrajaya!! Jauh gilerrrrrr.....Daddy aku tak semena-mena kata "Vera pergi lah..peluang dah dapat tu.buat ape nak pikir." pulak??? kata aku. dulu aku nak belaja kat shah alam mati-mati tak bagi pegi...
No comments:
Post a Comment