I AM MUSLIM

I AM MUSLIM

Friday, December 14, 2012

Harimau Malaya Tumpas..Gajah Mara Ke Singa

Harluuuuu Haiii....

Sape tengok bola malam tadi... Perlawana kedua separuh akhir Piala AFF Suzuki? Ape korang rasa?? Marah? Kecewa? Kalau tanya aku kannn?? Aku teramat marah dan kecewa...sakit hati betol tengok perlawanan malam tadi...

Permulaan game dah nampak pemain kita dah kena asak dengan kuat...memang kejam dan kasar la kan...

Aku malas nak ingat balik game malam.tadi yang seyes buat aku bengang...tapi nak buat review memang tak de mood lansung...ape yang boleh aku komen??

1. Ketidakadilan pengadil Lee Min Ju dari Korea Utara kerana tidak mempertimbangkan keadaan bermulanya kisah Fadli Shaz Defender pasukan HM.Jelas sekali kesalahan pada pemain Thailand. Then situasi yang terjadi pada masa yang sama, Mat Yo terkena leap attack tetapi pemain Thailand berkenaan tidak dikenakan tindakkan dan tiada pantauan dari pembantu pengadil.

2. Mat Yo @ Norshahrul dan Kuna menjadi mangsa aim...dan apabila Mat Yo membuat serangan tiada back up dari pemain lain...dan lebih bermain di bahagian defence sedangkan defence ada 4 orang. Ada salah nya jugak sebab corak permainan HM ada kelemahan...

3. Bila diperhatikan, corak permainan Thailand memang tak dinafikan amat mengagumkan. Mereka bijak dari segi passing dan susunan pemainan yang strategi. Passing berbentuk segi tiga...Impressing me...

Dah..tak tau ape nak komen tentang perlawanan malam semalam..ase masih tak puas hati lagi ngan game malam tadi.

Pemain HM menonjol
1. Mahali ; Jersi 2
2. Norshahrul @ Mat Yo ; Jersi 9
3. Badrul ; Jersi 23

Update from Blogger-droid by Android

No comments: