I AM MUSLIM

I AM MUSLIM

Monday, December 10, 2012

Harimau Takkan Tunduk...

Harlu haiiii.....

Hari ni agak lambat Vera postkan blog...sebab busy kat office..ala.biasa la hujung tahun ni banyak sangat kerja...nak statistik la...ape laaa....

Ok...teruskan dengan isu hari ni...

Sepert sedia maklum, kawan-kawan  semua...malam tadi perlawanan pertama Malaysia lawan Thailand di separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Perlawanan yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, dengan hampir 80% penonton dan penyokong adalah dari Malaysia dan turut dihadiri oleh Tuanku Sultan Pahang kalau tak silap aku...

Semasa perlawanan malam tadi tidak dinafikan benteng pertahanan Thailand amat kuat...tapi lagi hebat asakkan dari Harimau Malaya lebih selesa kalau Malaysia kan???  Boleh kita saksikan berapa kali pasukan kita mencuba menjaringkan gol di muka pintu gol pihak lawan...tapi..selalu tersasar....

Pada separuh masa pertama..perlawanan amat mencabar...pada mulanya, aku perhatikan pemain kita seakan warming up...seolah-olah memberi pihak lawan letih dulu....itu pendapat aku lahh....dan startegi amat diatur dengan baik...BAAAAGGGUUUUSSSS!!! 


Pada separuh masa kedua, Malaysia semakin berusaha untuk mendapatkan gol... kalau tak lupa pada minit ke 15 separuh masa kedua, Malaysia menjarigkan GOL!!! melalui Norshahrul atau Mat Yo David Beckham akuuu  menjadikan Malaysia 1 - 0  Thailand... selepas itu lagi la berkobar-kobar untuk pemain kita menjaringkan kol...namun kali ini strategi pihak lawan, mereka mengatur strategi (seolah-olah) dimana mereka kerap berada di mid field dan lebih berada di side Malaysia..menyebabkan hampir semua pemain Thailand berada di bahagian Malaysia..namun cubaan tak juga dapat. Tapi pemain mampu membawa bola ke pihak lawan...berapa kali cubaan menjaringkan bola ke pintu gol, namun selalu tersasar...


Tidak lama kemudian pihak lawan, Thailand menjaringkan gol menjadikan penyamaan mata jaringan malam tadi kepada Thailan 1 - 1 Malaysia. Hurhhh!!! frust betol...dan yang paling tidak dipuashatikan...bola tu seolah tak masuk ke gol, dimana Faryzal tidak sempat untuk menangkap bola berkenaan.huh!! Namun selepas  itu, Dato' K. Rajagopal menukar 2 pemain Harimau Malaya, iaitu Safee Sali dan Kuna...selepas kemasukkan 2 harimau ganas ni..makin berdebar...namun hampa bila 91 minit masa permainan berakir dengan Malaysia 1 - 1 Thailand.

***
Malam tadi pemain yang menyerlah
1. Mahali (Jersi 2)
2. Norshahrul @ Mat Yo (Jersi 9)
3. Budiyamin (Jersi 23)

##
Maaf la...aku tak reti nak mengulas pemainan malam tadi...tak penah mengulas bola...ahahaha...agak janggal bila mengulas pasal bola ni..sebab selalu tengok match...dan tak penah pun terfikir nak post pasal bola...disebabkan nasihat dari seorang blogger East Dust Studio, so, aku cuba untuk ubah blog kepada lebih open stories...soo..thanks dear....sebab bagi tunjuk ajar... weee~~~ ^.^



2 comments:

Mohamad Iskandar Arsad said...

:P makseh mention my Blog (^_^)/

@veraonizuka said...

Welcome hehee...follow up tauu....??