I AM MUSLIM

I AM MUSLIM

Thursday, April 2, 2015

Sakit nya tuh!! Di sini di perot!!!

Assalamualaikum and hai!!😘😊😘😊😘😊😘😊💖

Semalam aku suffer dari gastric..tapi masih boleh lagi la nak hapdate entry... huhu.. ye la kan.. lama giler tak menulis... hehehe...

Pagi ni, bangon pukul 3.30 pagi. Bukan nak solat malam..tapi gastrik melanda😖... bangun2 pegi toilet.. tapi tak jalan jugak.. last-last amik ubat, turun tingkat bawah makan ubat gastrik dengan ambik supplement Alphafa. Kakak aku nasihat, suh keep continue makan ubat tu.. sebab lately gastrik kerap datang..and takut ulser dalam usus aku menjadi balik.. 😱😱😱

Korang jangan main-main dengan gastrik ni..7-6 tahun lepas aku selalu buat-buatkan gastrik ni. Sebab malas nak turun kerja, aku tak makan dari malam sampai ke tengah hari.. pastu jumpa doktor amik mc.. then.. dalam setahun.. tefiba satu hari aku kena gastrik teruk.. teruk sangat.. sampai doktor Klinik Kotaraya kat suh refer dengan Emergency kat Hospital Putrajaya. Sampai sana, paramedic cakap bloating kat usus besar aku. Then diorang bagi la aku ubat angin.. baru makan satu sudu, baru je telan aku muntah.. bila teruk sangat diorang panggil MA untuk check aku.. MA kata bloating dah teruk.. gas tak bleh keluar. Dia tanya ada kentut tak.?? Macam pelik kan tanya orang ade kentut ke tak.. aku cakap belom lagi.. dia tekan perut pastu pukul-pukul manja perut.. dia kata dengar pakai stetoskop ada bunyi gas. Last-last dia panggil doktor.

Masa doktor check ni yang sakit.. mula-mula doktor scanning.. dia cakap macam ada bengkak kat usus.. pastu doktor keluar.. sejam lebih kat katil.. doktor datang bawak satu mesin.. dengan nurses la.. then doktor suh buka mulut.. rupanya nak masukkan micro cam punya la seksa😱😱😱😱😱.. hidup-hidup aku dia seksa.. pastu dia tarik.. and apa lagi.. satu malam check in la nampak nya kata ex aku.. nangis la..kena drip dan makan ubat selang sejam.. diet aku pulak kena makan benda yang soft.. tak boleh makan nasik kering.. ni.. doktor tak cakap lagi...

Petang tu doktor datang ward.. dia interview. Tanya selalu ke tak makan.. cakap memang malam tak makan.. pastu tanya balik pagi tengah hari makan apa.. so cakap la.. pagi minum oat, tengah hari makan bun  ngan soya je. Hurmm .. muka doktor dah sepesen dengan mak aku je aku tengok.. padtu dia cakap, "kena makan.. terutamanya nasik. Sebab kita ni orang Malaysia. Dari kecik sampai besar makan nasik.. perut ni dah biasa makan nasik .. kisar nasik.. jadi.. kalau dia kisar benda lembut.. asid pun banyak.. jadinya timbul satu ulser.. macam ulser kat mulut. Kalau kita kurang minum air kosong kan ulser tumbuh.. kat mulut kita boleh rawat.. tapi kat perut nak rawat macam mana.? Nasib ulser baru membengkak.. klau bernanah..macam mana? Ingat senang procedur buang usus yang dah luka ni.. ni nasib satu..klau 2.. saya tak jamin kalau ulser ni akan sembuh sepenuhnya klau awak still amalkan diet awak mcam ni. Kalau ulang lagi.. awak boleh kena balik. Jaga diet awak dan timing awak makan.. janga. Makan lewat malam.. sebab badan dah relax..organ pun kena relax.. bila makan lewat malam, usus kerja.. pastu esok malam pun sama. Dah jadi rutin dia.. tapi bila awak stop.. dia kerja tak tak da benda.. ni bagi awak sakit balik.." 😨😨😨😨
Panjang lebor doctor bagi speech. Ye kan aje...😔😔😔.. esok tengah hari discharge...

Ni selepas 6 tahun dia datang lagi... tahun ni kena 2 kali. Tapi nasib baik boleh control... pagi zadi ndak tak hendak pkul 3.30 pagi aku bangun masak bubur dan makan.. dah la kena gastrik pastu kena pulak period pain.. memang sakit 2 dalam 1 yang berkaitan perut... adeh... 😓😓😓😓😓

Wednesday, April 1, 2015

Preview Novel : Aku Bukan Perampas, Amylie Haizani

Hello youguys!!

Sapa kaki novel kat sini.. meh.. jom saya share satu novel yang saya dah baca.. buku terbitan Buku Prima, GrupBuku Karangkraf. Mungkin ada yang dah baca dah novel ni.. mungkin ada yang belum baca.. tapi tak kesahlah.. saya nak share jugak preview buku ni...

Tajuk: Aku Bukan Perampas!
Penulis: Amylie Haizani
Terbitan: Buku Prima
Cetakan : Pertama 2015
Genre : Cinta
Beli: Secara online melalui Karangkraf.com
Rate : ⭐⭐⭐⭐⭐

Sipnosis (saya cerita sikit k?)
Kisah Nur Jannah, yang mendirikan rumahtangga bersama lelaki yang dia cintai, Aiman Ezri. Pada mulanya mereka bercinta, dan membuat keputusa  untuk bernikah. Selepas menikahi Nur Jannah, Aimam Ezri menyedari kesilapan yang dilakukan. Aiman Ezri masih memyintai kekasihnya, Zurina. Aiman Ezri ni tak pernah memutuskan hubungan dia dengan Zurina. Zurina tak tahu yang dibelakangnya Aiman Ezri bercinta dengan Nur Jannah sehingga dia memgetahui Aiman Ezri berkahwin. Pada hari pernikahan, Aiman Ezri meninggalkan Nur Jammah seorang diri, untuk berjumpa dengan Zurina dan memberitahu yang dia ni bersalah kerana curang dengan Zurina. Zurina menyalahkan Nur Jannah kerana telah merampas Aiman Ezri darinya.

Nur Jannah semakin hari semakin makan hati berulam jantung dengam sikap dingin suami. Sehingga suatu hari, suami nya telah "merogol" dia, bersama denga Nur Jannah tanpa rela hingga menyakitkan Nur Jannah. Akhirnya Nur Jannah tak tahan denga  suami hingga memfailkan permohonan cerai apabila dia tahu Aiman Ezri telah pun menikahi kekasihnya di Selatan Thailand. Setelah bercerai, Aiman Ezri menjadi gila talak. Dia merindui Nur Jannah dan menyalahkan Zurina menjadi sebab penceraian dia dengan Nur Jannah.

Nur Jannah berkenalan dengan Rizman Fakhruddin, seorang lelaki menjadi sahabat Nur Jannah. Dalam masa yamg sama, Sahara, bekas kekasih Rizman Fakhruddin, marah kepada Nur Jannah kerana merampas Rizman darinya. Dengan hasutan dari Zurina, mereka berdua sama-sama membenci Nur Jannah dan mengatakan yang Nur Jannah ni pemusnah dan perampas kebahagiaan mereka. Tetapi kebencian Sahara hanya sekejap, bila Rizman menolak baik "rujuk" Sahara. Setelah berjumpa dengan Nur Jannah dan pujukkan bekas suaminya, Sahara sedar yang sebenarnya Rizman memilih Nur Jannah.

Perasan marah Zurina masih membara, apabila kedua mertuanya masih belum merestui perkahwinannya dengan Aiman Ezri, dan mengetahui mereka masih mengharap Nur Jannah menerima kembali Aimam Ezri. Aimam Ezri masih lagi gila talak. Disebabkan marah, Zurina mengupah seorang lelaki untuk melanggar Nur Jannah. Apa yang diharapkan tidak menjadi. Dia ingat Nur Jannah maut dalam kemalangan tersebut. Tetapi tidak. Tindakkan Zurina, menyebabkan kemarahan Aimam Ezri.

Di penghujung cerita, Nur Jannah berkahwin demgan Rizman Fakhruddin.. nak tahu.. beli lah ye buku ni..

Actually, aku beli buku ni sebab lebih kurang sama je dengan kisah hidup aku.. so, baca dengan penuh kekusyukkan.. sakit hati pun ada.. banyak lagi la.. Novel ni memang best.. sebab tak seperti cerita biasa.. hehe..  so marilah membaca...hehe😘😘😘😘

28 Days Without Facebook & WeChat Challange

Harlooo...
Lama dah tak update blog... tak ada entry baru kan..? So readers may be a bit bosan..
My entry is about challange yang aku sendiri buat.. challange without facebook for 28 days..

I started my challange yesterday.. so it will be end by end of April (suppose to be.. hopefully I can make it) Nowadays, lots of people can't live without facebook and wechat.. so do i... at first i think world will be dying without these two.. until one day, my data expired and I have to wait for my payday to subscribe my data (durhh... i found out my money worth to stomatch so i save it for my food) for one week i just use Wifi at my workplace..so i only can online on working hours. By night.. no more FB, Twitter, WeChat and WhatApps. But yet i still can live without it.. then I told myself, why don't I challange myself for deactivate my FB and Wechat, and uninstall the apps.. I did it on 31 March.

On the first day.. I had a rough day, for usual, i will update the status on my FB and Moment. By that time, when unlocked my phone, I was looking for FB and WeChat icon...then i realised that I already uninstalled the apps. I thought I need to let go what insides my head.. so i went to my friend's workstation and tried to talk to her. And yes! I told her whats going on.. and i felt better..

Now I knew, that i have to talk to somebody about what is going on will also can make me feel better.. and it more feeling better than posting it on social media.
Hey! Wake up.. we have friends out there, we have family.. it is better to talk to someone in person. And only that person who know what our problems are.. meanwhile by posting it on social media, almost every human in this planet will knew.. we doesn't know that do they will care about us.. or will they laugh at us or does they annoying by out post?? Who knows? Who cares?

Social media is not the only way for us to express what we feel, to tell the story what we have. We have somebody in reality life who more care and they can keep our story.. we have friends, we have family. Talk to them. Tell them.

I realized that nowadays children don't  tell their parents their problems. Parents no longer talk or advice  their children in persons. There is no more talk in dinning room or in car. There was one day, while on the way to my workplace, i saw a mother fetching her children to school, inside the car on the driver side, mom holding her phone, son next to her holding his phone too and the daughter  at the back seat playing Candy Crush. There's a silence inside the car. So i told my brother, who was drive me to my workplace, "you see.. there is no parents talk to their children when fetching them to school. Not like our days, dad always giving free speech on while on the way to school. The same speech everyday. At least he talk to us.. and same to you now.. sinve you have that smartphone, you no longer  giving me free speech. You texting while driving. Sometimes i have to alert the traffic light turn to green. And we don't have any quality times togather." I make my brother speechless that day.. but still he doing it everyday until now.. huhuhu....

Ask yourself.. does our life nowadays really need that social media for live in modern live?? Or are we just addicted to it??? Some might have the same thoughts with me.. some might not... let me tell ypu some phrase we always used.. "LIFE IS TOO SHORT.. " We doesn't know when the day we die.. some of us, died in tragic way, some may be sick and know they are dying. For those who stay healthly, spend more time with your family and friends.. who knows tomorrow  or the next day we will die.

Sunday, February 8, 2015

Makanan oh Makanan!!

Hurmmm.... aku suka makan... korang suka makan tak??? Semua orang suka makan.. kalau tak suka makan.. tak tau la... agaknya mesti orang tu tinggal tulang... tak pun kena ulser pada gastric... hehehe.. aku suka makan dan masak.. sebab tu kot badan makin menjadi.. ye la.. mana tak nya.. makan tak hengat kekadang..

Dah berapa hari aku tak amalkan makan makanan yang berat.. sejak-sejak mulanya sesi Pra-Jom Kurus (aku buat sendiri sesi ni) aku amalkan makanan yang sihat.. konon-nye-lah kan? Aku lebih kepada buah-buahan.. tak ambik apple okeh.. aku makan buah tempatan. Memandangkan kat office aku ada kakak cleaner ni suka sedekah buah kat kitaorang.. so aku ambik la peluang.. hari2 dye duk bagi aku makan pisang, betik, rambutan, durian belanda.. mana lebih aku bawak balik rumah.. kisar jadi minuman.. pisang aku campur dalam oat aku.. sekarang aku dah start borong pisang embun dan buah betik. Sebab dua buah ni memgandungi protein dan Vitamin B.. yang penting serat tinggi.. sama seperti gandum dan barli...

Malam tadi kakak aku ada masak lah kan makanan kegemaran aku.. ikan goreng.. haha.. memang favourite kaaauuu... aku kalau orang letak beef steak, ayam gorang dan ikan goreng (atau ape sajer cara masakkan) aku tinggalkan 2 tu.. aku pilih ikan.. dari kecik memang suka ikan.. tak kesah ikan ape.. janji ikan..ooohh! Kecuali 2 ikan ikan sembilang dan ikan gelama.. 2 ikan ni aku tak makan..tak tahan bau hanyir.. ikan kembung denga sardin memang favourite la.. hari hari tibai 2 ni pun takkan muak..hahaha..macam macam boleh masak kowt.. sebab tu ex-laki aku cakap aku ni kucing.. mak aku pun cakap aku ni kucing.. mane tak.. masa pantang bersalin makan ikan keli je... 44 hari pantang 44 hari aku makan ikan keli.. hader??? Eh eh eh eh.. merapu pulak.. back to story.. malam tadi asben kakak aku (abang ipar aku lee) masak ikan goreng.. diorang tinggalkan untuk aku 2 ekor.. tapi pelik aku tak makan pun ikan tu.. sebab?? Kalau makan ikan.. kena makan cili.. makan cili kena makan nasik.. so.. aku korbankan ikan aku.. so aku rebus telo 2 biji.. sosej aku heat dalam microwave 2 ketul, potong daun salad, spring onion  lenyekkan telor.. makan! Senangkan nak sediakan makanan untuk jaga berat badan.. tapi jangan amalkan selalu... boleh kena kolestrol tinggi.. sebab telor..

Makanan untuk jaga kesihatan dan berat badan ni tal susah.. boleh je makan nasik.. okeh.. nasik kita ambik satu mangkuk kecil..jangan mengada nak tambah... kalau nak sihat.. masak nasik  stgh cup, letak ayam, bawang putih, letak sikit olive oil (kalau tak de.. bantai minyak masak sayuran setengah sudu besar). Sape kate nak jaga badan tak boleh makan makanan sedap?? Instructor mane ajar?? Korang suka tak makan ayam goreng kfc.. suka kan..?? Actually ayam goreng kfc kalau makan secara betol (pengambilan sekali sebulan) memang boleh makan.. sebab.. ayam kfc digoreng dengan minyak sayur tepu.. so makan tu boleh.. tapi janganlaa berlebihan.. setiap hari makan memang la gemuk..bukan gemuk je..dompet pun boleh kurus... haaa... nak menikmati ayam kfc secara best.. okeh.. ayam kfc tu tadi kan.. klau amik bahagian dada (part banyak isi) carikkan isi dia..masuk dalam mangkuk.masukkan sedikit mayonis (sikit je tau..) cincang bawang manis atau bawang putih 2 ulas, letak sikit perasa dan lada sulah.after that.. ambik roti sandwich (lagi bagus klau pakai wholemeal) letak salad, tomato, timun & bawang bakung, ratakan ayam tadi.. letak sikit cheddar okeh siap!!! Sandwich ayam!! Satu set sudah cukup untuk hidangan sarapan pagi... jangan nak makan lebih...

Ermmm.. ramai cakap klau beli cornflake untuk jaga badan ni mahal.. kenapa harus beli yang mahal??? Kenapa tak makan je cornflake yang murah tu?? De beza ke?? Memang ada beza.. bezanya.. cornflake yang untuk jaga badan tudiperbuat dari pada jagung, gandum, beras perang, barli dan malt.. pastu.. dalam tu diorang campur sekali dahh kismiss dan ceri kering... kenapa nak susah beli.. okeh klau nak cara murah boleh je.. beli cornflake biasa tu.. then kismis ataupun campuran untuk buat fruit cake tu.. pastu beli la oat instant.. kalau nak makan untuk pagi campur la... kan senang.. duit pun save.. ermmm susu segar dutch lady and HL mahal?? Memang mahal.. klau kat KL.. ade jual susu lembu segar.. hari2 mamak boleh antar ke rumah.. kalau macam saya kat sarawak ni memang susah la nak cari susu segar.. tapi tak pe... kita boleh tular susu segar dengan susu tepung.. beli la susu tepung yang korang biasa minum tu.. kalau saya..memang pakai susu Nestle Omega. 1kg Rm11.. mahal..tapi lagi murah dari beli susu segar dalam kotak yang 500ml Rm6 - Rm8... minumnya hanya 4 kali... itu pun kalau 4 kali.. ntah2 tak sempat nak pakai breakfast..sebab anak buah dah tibai dulu dah.. hehe..

Ok... kalau nak amalan balance diet dalam makan ni.. kena amalkan betul2 dan consistant.. janga hari ni tak makan banyak esok tibai makanan sampai perut buncit.. then next day nak control balik.. memang tak betul dah diet control... ehe.. ok.. ingat nak share resipi tadi.. tapi panjang sangat.. tak jadi la.. kita share resipi kat entry lain k.. ? Muach!!

Thursday, February 5, 2015

JOM KURUS 1 MALAYSIA BY KEVIN ZAHRI SEASON 5 (SEPTEMBER)

Kurus secara sihat.. i already submit my form for Jom Kurus Season 5... and will buy ebook and video untuk kurus... and next week starting me challange for JK1M  Season 5 (get ready challange)

Amalkan teh kurus?? Pil kurus? Diet nak mampos? Tak makan nasik? Labur puluhan ribu kat slimming centre? Labur ribu2 kat produk kurus?

Korang ade fikir tak kalau kurus mcm tu tak sihat?? Tanpa bersenam?? Eh! Betol la.. aku boleh kurus klau ambik teh.. diet gila vavi.. but then i feel tak sihat.. the worst part perut aku.. lengan and tight semua menggleber... sebab lansung tak bersenam.. and i feel weak and weak.. aku dapat tau diet aku tak sihat sebab.. i keep on demam.. mom aku cakap aku kurang zat makanan..yes.. thats right.. then aku fatigue sebab energy aku mcm tu je.. aku pakai ala kadar je... and emosi aku tak balance.. sebab hormon aku tak balance.. so be careful kalau nak kurua... sebab normally kita akan diet gila.. korang tau tak apa itu diet??

Diet itu ada makan. Diet seimbang adalah makanan seimbang.
Apa itu balance diet?
Balance Diet ni kita makan ikut heraki makanan contoh nya.. ambil sayuran dan buahan yg banyak, karbohidrat kita kurangkan, protein pun kurangkan. Tapi 3 benda ni kena ada dalam 3 sajian utama :-

1. Morning breakfast
2. Lunch
3. Dinner

Bagi yang biasa ada brunch dan supper kena cutkan jumlah makanan untuk 3 sajian utama tadi. 
Masa aku ikut program slimming centre, aku byar 60% consultant dye.. then 40% sesi pecah lemak.. masa consultant dye consult every two weeks dye bagi jadual makan and apa yang kita kena makan untuk hari2 tersebut. Pagi dinasihatkan wajib breakfast pukul 7 pagi.. sebab perut dah kosong.. dan ready untuk bekerja.. tpbreakfast cumasegelas choc drink atau milo 3 keping wheat crackers atau oat dengan susu... Ko hidup makan tu 7 pagi ke 12 tgh hari.. takk... dalam di antara jam itu kita boleh ambik cracker  atau makan kekacang dengan segelas soya.. klau tak nak.. bantai la ko dengan air kosong.. then untuklunch.. aaaa.. ni nak bagi tau.. lunch wajib!!! Di ulangi WAJIB makan Karbohidrat. Sebab... untuk mengembalikan tenaga kita yang kita pakai pagi dan bekalkan tenaga untuk petang... kalau tak nakberat sangat makan la mihun sup ke...ape2 je..asalkan bukan maggie sudahh...untuk malam pulak masa niboleh jer  klau nak makan something yang sangat light... iaitu milo dengan 3 eping crackers... atau kalau nak sihat makan la salad sayuran dengan olive oil atau telor..atau buat light sandwich... hehehe...

Ok.. tak pe.. bab makan seimbang semua dah tau.. bab senaman... senamam ni banyak.. kalau nak tau... aaaa.. carik kat youtube.. ade je senaman yang berkesan.. contohnya skuart, push up, sit up, marching, breath out & in, dan banyak lagi...

Ok lah.. wish meluck ye dalam program 9 bulan Jom Kurus 1 Malaysia by Kevin Zahri... 😘😘😘😘

Wednesday, February 4, 2015

Happy New Year 2015

Huh! New year lagi ke..???!!
Tahun baru cina kan belom lagi.. so belom laaaa new year.. hehehe...

Since new year, aku tak menulis lagi.. agak nya berhabuk laaaa aku punya blog... masih ada viewer ke???

Hurmm.. tahun baru azam baru kate nya... agak2 orang tercapai tak mission aku..? Aku rasa 10% je tercapai.. mostly tak tercapai.. mane tak mission memang tak tercapai dek akal!!!  Hehe... 

Tahun ni.. mission.. nak continue study, nak tamatkan zaman single, nak kurus (sebab nak kawen lettewwww), nak dapat APC... Hurmm... ase ase berjaya tak...entah la... kalau duk pikir sangat susah je.. buat susah hati je kan..? Ye laaa.. nak continue study task yang boss bagi macam tak bagi peluang.. nak tamatkan zaman single calon pun tak de.. nak dapat APC... ade lagi yang lagi bagosdari aku... bab nak kurus.. yang tu mungkin yes...

Aku ni kalau bab merapu no satu.. entah la.. dalam kepala punya la banyak benda lalu.. dah macam highway... hurm.. esok aku tulis lagi... perut lapar.. nak makan...