Harluuu Haiii....
Apa itu Hak Kebebasan Bersuara??? Ade ke hak itu untuk rakyat Malaysia??? Kenapa nak sentap ngan statement blogger or sapa-sapa sedangkan setiap manusia ada hak untuk bersuara??
Itu lah yang banyak aku dengar dan baca bila ada berkaitan isu sensitif or politik diutarakan di mana-mana media massa...dan mengisukan perkara tersebut di laman sosial or blog...
Pagi ni masa aku baca Harian Metro, aku terbaca satu article yang mengatakan tentang kebebasan bersuara...di mana penulis Rudy Fazrunisyam a.k.a Bujang Senang mengatakan sebagai seorang rakyat Malaysia, kita diberikan hak kebebasan bersuara, namun harus diingatkan bahawa indivdu (kelebihan kepada blogger) agar berpegang teguh kepada pengangan agama , tatasusila dan budaya ketika mengutarakan pendapat masing-masing.
Aku sangat setuju dengan pendapat beliau...ye la..ade sesetengah orang kalau dah menulis dalam blog mahupun status atau komen dalam facebook memang tak ingat dunia dan persekitaran...
"Hak Kebebasan Bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia (Human Rights) dalam Perkara 91 Pengisytiharan Hak Asasai Sejagat serta dalam undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa, Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPP). ICCPP mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan yang mana semua manusia mempunyai hak menyatakan pendapat masing-masing."
Semamngnya negara kita mempunyai kebebasan bersuara, tapi jangan lah sampai menyampaikan fakta yang salah,menghasut, menghasut dan menjatuhkan maruah pihak tertentu...kadang-kadang kita ni nak bersuara kena berpada-pada..baka kata pepatah "Cakap siang padang-pandang, Cakap malam dengar-dengar" tak pun baka kata pasar nya "Bercakap biar berlapik..jangan men hentam kromo je.."
Menurut Rudy Fazrunisyam lagi, seseorang blogger perlu mengenalpasti sumber yang boleh dipercayai dan bukan nya menerbitkan maklumat yang tidak tepat dengan bijak membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta...hurmm..yang ni banyak terjadi dalam isu politik dan artis-artis...ye la...kadang-kadang maklumat sokongan dan komentari lagi banyak dari fakta..kadang-kadang menimbulkan kekeliruan pembaca..haaa...ni laa..yang boleh menyebabkan terbitnya isu sensitif dan menjuruskan perbalahan.... (mak aihhh..bahasa aku mantapppp...)
Kita ni blogger harus berhati-hati dalam menerbitkan sesuatu isu...ye la..bak kata orang, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak publish...tak boleh undur..nak delete dah dibaca orang..." hahaha....so..sape ada baca Harian Metro hari ni, boleh ke side Bujang Senang, penulis Rudy Fazrunisyam, tajuk sama ngan tajuk entry...
Mohon maaf juga andai aku pernah terlajak atau menyentuh sedikit perkara sensitif dalam blog aku ni...ye la..kita ni manusia..bukannya sedar mana silap kita sendir...sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi manusia lemah seperti kita......
No comments:
Post a Comment