I AM MUSLIM

I AM MUSLIM

Saturday, January 26, 2013

Asam Pedas Untuk Dia..Novel Terbitan Terbaru Alaf 21

Harluuuu Haiii....

Haaa...ni cik kak ni nak habaq kat hang pa....novel baru ni..

Khamis lepas aku ngan bestfriend aku si Susan pegi Popular..sebab aku nak cari stationary...disebabkan aku ni dah naik HANGIN satu badan..disebabkan sape?? tak payah tau...hahaha... sooo aku jadi tak ingat nak beli ape...then one of the other reason nak pegi Popular sebab nak beli novel...

Disebabkan kawan baik aku tu dah baca satu novel..dia heboh kat Facebook kowt yang novel tu best giler...so aku decide tak nak beli..Instead aku nakbeli citer kesinambungan citer Laksamana Sunan hasil tulisan Ramlee Awang Musrhid.

Aku : Sue, apa nama novel yang ko baca tu..yang asam pedah apee???

Sue: Asam Pedas Untuk Dia..nape??

Aku : Nanti aku pinjam erk..ko punye ke??

Sue : tak lahhh kak Asmida yang punya...aku pinjam...

Aku : Kalau camtu aku beli je lah..novel ni aku baca kemudian... (aku letak balik novel Sunan tu..)


Ini milik aku...hehe...best citer ni....
Tajuk : Asam Pedas Untuk Dia
Penulis: Nureen Mirza (Hendan Yahya)
Terbitan : Alaf 21 (Group Buku Karangkraf)

Okeh...Novel ni kisah seorang ibu tunggal muda (balu..bukan janda..dia ni suami meninggal..bukan ditinggalkan...) yang bekerja sebagai pembantu rumah kat rumah orang berada di Puchong. Disebabkan perasaan simpati anak majikannya Ziyad, so, Ziyad membantu Ainin (si ibu tunggal) untuk meringankan bebannya membayar hutang bayaran sewa rumah dah tertunggak 5 bulan.. Ainin tidak mahu berhutang budi dengan majikannya, memulangkan wang bantuan sebanyak RM5 ribu . Perbuatan Ainin yang berdegil tidak mahu dibantu,  membuatkan Ziyad mengambil keputusan untuk bernikah dengan Ainin tanpa diketahui Umi dan Abah nya serta bakal tunangnya Shafinaz.

Perkahwinan selama 6 bulan dilalui penuh cabaran, apabila terbit rasa rindu, kasih dan sayang sehinggakan Ainin mengandung benih Ziyad. Ziyad yang bakal mendirikan rumah tangga bersama Shafinaz menyebabkan Ainin berasa hiba bila dia bakal dimadukan. Tidak ingin rasa hatinya bermadu, namun terpaksa, sebab itu adalah perjanjian antara dia dan suaminya. Akan tetapi, Ziyad merasakan cinta dan kasihnya kepada Shafinaz kian berubah..sehinggakan pada hari pertunangan mereka dia berasa berat..dan menyesal kerana tidak membantah untuk bertunang.. Pada suatu hari, Ainin pengsan di rumah Umi Ziyad, sehinggakan tercetusnya persoalan anak siapakah di dalam perut Ainin. Ainin yang selama ini dipandang tinggi oleh keluarga majikan nya menjadi seorang yang hina terutamanya Zarul, adik Ziyad, yang menyimpan perasaan cinta kepadanya menghina dan menggelarnya sebagai two timer.

Oleh kerana tidak mahu isterinya dimalukan dan rahsia mereka terbongkar, Ziyad, mengambil keputusan untuk menghantar Ainin dan keluarganya ke Tanjung Karang, di rumah banglo mereka Vila Cinta Pertama. Kebetulan, abang sepupu arwah Hairi, arwah suami Ainin, berkahwin di Kuala Kangsar, Ainin bercadang untuk mengikut Iqram ke Kuala Kangsar. Ziyad pula, yang sudah berjanji menghantar Ainin ke Tanjung Karang naik berang bila isteri, anak tirinya dan emak mertuanya tiadak berada di rumah.

Ziyad mencari Ainin bagaikan separuh gila. Dia mencari Ainin di rumah kakak iparnya, Kak Anida, di Muar. Namun isterinya tidak kelihatan...Akibat rasa bersalah, Ziyad memutuskan untuk memberitahu keluarganya bahawa dia telah menikahi Ainin 6 bulan lepas atas kerana simpati dan telah menyemai rasa cinta kepada pembantu rumahnya. Ziyad memutuskan tali pertunangan dia dan Shafinaz. Penerimaan keluarga Ziyad kepada Ainin amatlah disenangi, kerana keluarga itu sememangnya suka dan senang dengan Ainin. Ziyad berjaya menjejaki Ainin dan keluarganya setelah mengetahui di mana Ainin berada melalui pak cik di kedai makan, di mana Ainin selalu menghantar nasi lemak dan kuih koci pulut hitam.

Kisah ini berakhir, apabila Ainin selamat melahirkan anak lelakinya, anak bersama dengan suami tercinta, Ziyad. Manakala Shafinaz pula berkahwin dengan Khairil Anwar, anak sahabat Mamanya.

Kisah ni novel ni memang menyentuh setiap perasaan hati aku...mana tak nya..kisah seorang ibu tunggal, dengan bebanan kewangan...memang best..rating yang sama seperti novel Ombak Rindu...kalau nak baca, beli lah di kedai buku atau di MPH or Popular...memang best cerita ni...bukan kategori 'OKlah...'

Oh ya..kenapa novel ni pakai tajuk Asam Pedas Untuk Dia? Dalam novel ni, si Ziyad suka makan asam pedas..lebih-lebih lagi masakan Ainin dan setiap kali Ainin masak, Ziyad request asam pedas..hehehe..sebab tu cerita ni guna tajuk asam pedas..dan tagline untuk cerita ini, "Air tanganku ini mengalir bersama sejuta rasa cinta" teringat kat bekas suami aku dulu, memang selalu request asam pedas daun kesum..kalau masak asam pedas bunga kantan memang bising...sebab tak suka bau bunga kantan...huhu..terkenang kembali...

***
Jodoh pertemuan di tangan  Allah s.w.t ... orang yang kita tak pernah duga itu lah jodoh kita...

Friday, January 25, 2013

Grand Final SoulStar 2012

Harluuuuuu Haiiii.....



Haaa...SoulStar?? amende tu?? huhu...at first..aku sendiri pun tak tau ape show tu sebenarnye..ye la..duduk kat negeri orang memang tak tau mende tu... okeh...bagi orang Sarawak..mesti dah tau kan ape Soul Star tu??? SoulStar adelah program reality mencari bakat baru yang ditubuhkan pada 2006 oleh gabungan Sarawak Cultural Vilage (Kampung Kebudayaan Sarawak) dan E-One Dasri Talent Management. Pada kali ini SoulStar telah bermula pada 10 November 2012 hingga 26 January 2013.

Hafiz semasa AJL pada kali lepas...

Kalau korang nak tahu, penyanyi Hafiz AF adalah penyanyi daripada program reality ini sebelum beliau menyertai Akedami Fantasia..haa..memang patut pun Hafiz dapat undian banyak masa AF dulu kan..sebab dye dah fames pun kat Sarawak...


Okeh pada tahun ini, Grand Final SoulStar yang akan diadakan di Dewan Undangan Negeri Lama Negeri Sarawak (tadi aku pegi tengok rehearsal sekejap..) persediaan amat teliti..dengar kata ada siaran LIVE..tapi kesahihan tak tau lagi sebab tadi tengok banyak jugak jurukamera video dan jurukamera yang buat preparation untuk hari Sabtu ni...haa....

Gambar dari Utusan Malaysia.
Tahun ni jugak dengar ada banyak contestant yang hebat...patut laaa...orang Kuching banyak tak datang masa ujibakat Vokal pada hujung tahun lepas...rupanya yang berbakat banyak dah join program tempatan..ye la..lagi cepat kan??

Amat bangga la...sebab negeri kesayangan hamba ni, Bumi Kenyalang Ibu Pertiwiku (Cheiitt~~~) dah semakin advance...minta-minta artis ataupun talent dari program ni dapat la meletop macam si Hafiz..ye la..Hafiz anak kebanggaan Sarawak..selain artis-artis lain..contohnya Dayang Nurfaizah, Camelia, Anding, Bob, Nurul, Melissa Saila dan banyak lagi...ape ape pun buat peserta SoulStar 2012... FIGHTING!!

hehehe......Good Luck Guys....

Untuk info pasal SoulStar ni...sila buka DISINI

City One Megamall Kuching is OPEN!!

Harluuu haiii....

Kalau orang Kuching, may be dah sedia maklum tentang City One MegaMall..Shopping kompleks yang paling besar di Kuching setakat ni telah pun dibuka untuk orang ramai...namun perlancaran secara besar-besaran belum lagi dibuat..dan kemungkinan akan dibuat pada bulan Februari ataupun Mac tahun ni...


Ye la..untuk fasa pertama, bahagian sayap pertama telah pun siap..namun banyak lagi kedai yang masih lagi dalam proses construction. Sekarang ni..Metrojaya dah dibuka, Focus Point kedai optic favourite aku dah dibuka...setakat ni ade la dalam 10 buah kedai yang telah ada di City One Mega Mall.Rejectshop masih lagi dalam construction, namun mereka dah buka "open outlet" di tengah-tengah walkway...







Yang buat aku tak sabar hanya satu...satu-satu nya yang buat aku excited dan tak sabar menunggu adalah GOLDEN SCREEN CINEMA!!! Finally...datang ke Sarawak..and especially di Kuching...WOW!! gempak dowhhh....

Ye la... Kuching ni agak kurang cinema nye...so..mengharapkan MBO je..memang tak le..sebab lebih suka GSC sejak duduk kat Putrajaya or K.L... hurmmm... Kuching dah semakin maju seiring dengan Kuala Lumpur...haaa...jangan anggap kita orang ni orang Sarawak masih duduk atas kayu tauuu!!! haaa...sooo..buka-buka la mata anda sekalian....

Selain itu, antara new coming yang ada di City One ni..Tutti Fruitti...hehehe...ye la..before this cuma ada Hielo,BerryLite dan ada local brand lain jugak...so bila Tutti Fruitti ni dah datang kat Kuching...the heaven come finally..bagi aku la... bukan ape..sebab dah 4 tahun duduk Putrajaya / Kuala Lumpur... aku ade jugak rasa kekok bila mula-mula favourite shop aku tak de kat sini...tapi sekarang boleh adapt..bila YES KUCHING HAS EVERYTHING TOO....


And quite surprise bila ada uji bakat daripada TV3 untuk program Bintang Mencari Bintang bakal diadakan di City One Mega Mall pada 2 & 3 Februari 2013...haaahh?? nampak nya Merdeka Plaza yang sedia maklum grand tak dipilih untuk tempat uji bakat ke..?? huhuhu...ye la...may be City One lagi besar dan senang untuk buat uji bakat untuk rancangan tv yang besar kan...?? hehehe...

Monday, January 14, 2013

Blogger Perlu Hormati hak Kebebasan Bersuara

Harluuu Haiii....

Apa itu Hak Kebebasan Bersuara??? Ade ke hak itu untuk rakyat Malaysia??? Kenapa nak sentap ngan statement blogger or sapa-sapa sedangkan setiap manusia ada hak untuk bersuara??

Itu lah yang banyak aku dengar dan baca bila ada berkaitan isu sensitif or politik diutarakan  di mana-mana media massa...dan mengisukan perkara tersebut di laman sosial or blog...

Pagi ni masa aku baca Harian Metro, aku terbaca satu article yang mengatakan tentang kebebasan bersuara...di mana penulis Rudy Fazrunisyam a.k.a Bujang Senang mengatakan sebagai seorang rakyat Malaysia, kita diberikan hak kebebasan bersuara, namun harus diingatkan bahawa indivdu (kelebihan kepada blogger) agar berpegang teguh kepada pengangan agama , tatasusila dan budaya ketika mengutarakan pendapat masing-masing.

Aku sangat setuju dengan pendapat beliau...ye la..ade sesetengah orang kalau dah menulis dalam blog mahupun status atau komen dalam facebook memang tak ingat dunia dan persekitaran...

"Hak Kebebasan Bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia (Human Rights) dalam Perkara 91 Pengisytiharan Hak Asasai Sejagat serta dalam undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa, Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPP). ICCPP mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan yang mana semua manusia mempunyai hak menyatakan pendapat masing-masing."

Semamngnya negara kita mempunyai kebebasan bersuara, tapi jangan lah sampai menyampaikan fakta yang salah,menghasut, menghasut dan menjatuhkan maruah pihak tertentu...kadang-kadang kita ni nak bersuara kena berpada-pada..baka kata pepatah "Cakap siang padang-pandang, Cakap malam dengar-dengar" tak pun baka kata pasar nya "Bercakap biar berlapik..jangan men hentam kromo je.."

Menurut Rudy Fazrunisyam lagi, seseorang blogger perlu mengenalpasti sumber yang boleh dipercayai dan bukan nya menerbitkan maklumat yang tidak tepat dengan bijak membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta...hurmm..yang ni banyak terjadi dalam isu politik dan artis-artis...ye la...kadang-kadang maklumat sokongan dan komentari lagi banyak dari fakta..kadang-kadang menimbulkan kekeliruan pembaca..haaa...ni laa..yang boleh menyebabkan terbitnya isu sensitif dan menjuruskan perbalahan.... (mak aihhh..bahasa aku mantapppp...)

Kita ni blogger harus berhati-hati dalam menerbitkan sesuatu isu...ye la..bak kata orang, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak publish...tak boleh undur..nak delete dah dibaca orang..." hahaha....so..sape ada baca Harian Metro hari ni, boleh ke side Bujang Senang, penulis Rudy Fazrunisyam, tajuk sama ngan tajuk entry...

Mohon maaf juga andai aku pernah terlajak atau menyentuh sedikit perkara sensitif dalam blog aku ni...ye la..kita ni manusia..bukannya sedar mana silap kita sendir...sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi manusia lemah seperti kita......

Twitter or Facebook

Harlu Haaaii...

Facebook or Twitter???

Mane yang best? Facebook ke Twitter??

Aku ni..dah lama dah join mende alah dua ekor ni...Facebook sejak 2007 lagi..masa tu Facebook belom fames cam sekarang...masa aku join tu omputih yang banyak join facebook..lagi pula orang Malaysia tengah ngan trend MySpace ngan Friendster..wujud lagi ke social networking tu...?? Masa aku mula join Facebook @ FB ni, kawan aku yang ajak..dye kate FB lagi best..sebab kalau komen page kawan kite boleh tau...so aku join la kan...tak sangka jadi fames bila ada game yang satu Malaysia main iaitu FarmVille...aku ingat lagi FarmVille aku sampai Level 48 je..pastu game tu jadi sesak..and susah sangat nak masuk..sampai sekarang...

Twitter pulak aku start pun sebelum Twitter fames macam sekarang...belagak ke Moi?? aku masuk Twitter pun lebih kurang sama waktu ngan masuk FB..Twitter ni aku masuk sebab ex-boy aku yang ajak...dye kate best sebab trending banyak dari artis-artis Hollywood kate nye... orang pertama aku follow ex-boy aku, bakal kakak ipar aku, then artis VLogger iJustine dan Peter Chow... haaaa...aku tak le active seperti active ngan Facebook..sebab kawan-kawan tak der and tak banyak yang reti men Twitter ni... so nak hashtag diorang pun tak boleh..so aku buka Twitter sekadar nak tahu perkembangan artis-artis yang aku suka je... baca je pown..bukan aku retweet balik ape cite diorang..tapi lately, sejak dah guna hp Galaxy Y aku, aku download la apps Twitter, memang dah macam orang len jugak aku retweet trending dan tweet ape je yang aku rasa nak tweet :p




hurmm...
ni nak gossip sikit ni...kat twitter aku ada follow si Chomel Gedeng-gedeng Wan Zack Haikal, pemain bola sepak kebangsaan yang tengah howt meletop kat mulut sumer gadis..waima dah berpunya.. Sejak akhir-akhir ni si Wan Zack semakin aktif ngan twitter beliau..hik hik..kate nye yang FB account dye dah activate..so fokus kat twitter...tapi aku ade gak Liked page dye kat FB..ade lagi je aku tengok...tapi tak tau plak tu akaun FB dye yang betol..sebab ape aku tengok...memang sama ngan dye post kat Twitter...mana satu betol atau tak aku tak tawww...

Then, ade jugak isu ada sorang minah ni kan...cakap dye awek Wan Zack Haikal...mak aihh...betol atau tak kite tak tau..sebab gambar dye letak gambar dye ngan Zack..tapi semua dah tau kan..yang Wan Zack Haikal tu dah de yang punya..nak pecaya memang tak lah..tapi asal buat camtu sekali erkk?? minat pun beragak laaa....jangan buat orang lain gelak kat diri sendiri kan???

hurmmm...
FB ngan Twitter ni tempat sharing kisah masing-masing..then dari situ orang boleh nilai kite sama..and sama gak ngan blog or vlog...ye la..nak percaya 100% tu jangan la...semua kita tak tau mana betol mana salah..kang kena saman baru tau..padan muka..macam kes aku dulu..duk maki hamun department lain..nasib bek kena tegur..kalau kena saman tak ke naya aku..hahahahah....bangga ke??  so..semua social networking jangan nak percaya sangat lah k? bukan ape..semua berbalik kepada kita je nanti... kecuali yang product-product tu boleh la pecaya sikit..hurm...tak pe la..pikir seniri..hik hik hik...

Promosi dari Osmi Photography

Harlu haaiii....

Nie...dengan kesempatan ni..sebelom terlambat laaa...minta-minta blom terlambat..aku nak promo sikit promosi dari Osmi Photography.  Kebiasaan nye, awal tahun banyak promosi, promosi pasar raya la..perabot la...butik-butik la...ni bukan erk...ni promosi khidmat photography perkahwinan dari Osmi Photography...



haaa...kalau nak tengok gambar selebihnya pegi ke blog Osmi Photography DISINI atau ke page Facebook DISINI 

** Untuk contact Osmi Photography hanya melalui WhatApps dan inbox kat page FB atau boleh email ke osmiphotography12@gmail.com.

Maya Karin and Remy Ishak?? Remaya??Mayarem??


Harluuuuuu Haiii

Maya Remy?? Mesti korang heran kan.?? Sape tuu? Okeh.. ni pasal Remy Ishak ngan Maya Karin… Kalau dulu Remy Ishak couple ngan Tiz..tapi sekarang ni si Jejaka Melayu Terakhir tu digossipkan dengan Maya Karin.

gambaar dari Google 

Tadi, Melodi ada interview Maya Karin, tanye tentang hubungn dia  dengan Remy, Maya kate diorang just kawan-kawan je…tak lebih…and sekarang ni diorang tengah shooting untuk cerita Sejoli.. “May be lepas shooting ni kite ade rest boleh pegi urut-urut kaki sama kot..” itu statement dari Maya Karin…

Gambar dari gambargambarpelik.blogspot.com

Okeh..kita doakan moga pasangan yang cun ni akan bersama…mana tahu..jodoh diorang kan??